Bid'ah Lebih Disukai Iblis Daripada Maksiat!.
Friday, September 18, 2009
Hukum mencukur bulu kening dan bulu wajah
Praktik kecantikan berlebihan lain yang dilarang ialah mencabut, mencukur dan menipiskan alis. Bulu alis dihilangkan, kemudian diganti dengan pensil, ditinggikan atau diturunkan. Dalam sebuah hadis disebutkan:
"Rasulullah SAW mengutuk wanita yang membuang atau meminta dibuang bulu alisnya."
Keharaman ini menjadi lebih berat lagi jika perilaku tersebut merupakan ciri khas wanita pelacur. Sebahagian Ulama' Hanbaliah berpendapat bahawa hal itu boleh sahaja mencukur bulu wajah, memerah, melukis atau menipiskannya jika mendapat izin dari suami, sebab perilaku tersebut merupakan sebahagian daripada dandanan untuk mempercantik diri. Imam Nawawi menolak keras mencukur bulu wajah, namun pandangan ini ditolak oleh Imam Abu Daud dalam kitab sunannya, bahawa yang dimaksud dengan "namisah" adalah wanita yang mencukur bulu alisnya hingga nipis. Membuang atau mencukur bulu wajah tidak tercakup oleh dalil tersebut.
Imam Thabari meriwayatkan bahawa isteri Abu Ishaq yang ketika itu menjumpai 'Aisyah r.a. adalah seorang wanita muda yang suka berdandan. Dia bertanya: "Adakah seorang wanita yang mencukur bulu alisnya untuk suami." Beliau menjawab: "Buanglah gangguan itu semampumu."
No Response to "Hukum mencukur bulu kening dan bulu wajah"
Leave A Reply