WAHHABI

Bid'ah Lebih Disukai Iblis Daripada Maksiat!.

Saturday, November 7, 2009

Jesus penebus dosa?

Posted on 6:18 PM by ♥ LA TAHZAN

Jesus penebus dosa?

Dalam kitab perbuatan rasul-rasul, fasal 5, ayat 31
“Ia inilah diangkat oleh tangan kanan Allah menjadi raja dan juru selamat akan mengurniakan taubat kepada Bani Israil dan jalan kemapunan dosa”.

-Ayat ini menyatakan bahawa Jesus hanya PENEBUS DOSA BAGI BANI ISRAIL SAHAJA, bukan untuk semua manusia. Dan orang-orang Kristian khususnya bangsa lain seperti bangsa Indonesia atau inggeris bukan dari keturunan Bani Israil tentulah tidak tertebus dosanya!

Matius, fasal 1, ayat 21“
Maka ia akan beranakkan seorang lelaki dan hendaklah engkau menamakan dia Jesus. Kerana ialah yang akan melepaskan kaumnya daripada segala dosanya.”

-Belum jelas lagi?, Bible sendiri yang menerangkan kedatangan Jesus itu hanya untuk melepaskan dosa kaumnya sahaja. Untuk kepastian, lihat ini. Dalam Bible jelas menyebut dengan kata ’KAUMNYA’ kalau mana-mana pihak menukarkan dengan kata ’BANGSA’ tetap juga memberi erti Bangsa Ibrani (Israil)- Bangsa Jesus itu sendiri.

Matius, fasal 15, ayat 24
”Maka Jawab Jesus, katanya: Tiadalah aku disuruhkan kepada yang lain hanya kepada segala domba yang sesat di antara Bani Israil.”

-Bukankah ayat ini sudah jelas?. Dan tidak boleh diputarbelitkan lagi. Jesus sendiri mengakui, bahawa dia diutus untuk Bani Israil sahaja. Bukan untuk semua manusia. Jadi penganut Kristian yang bukan golongan Bani Israil, tentulah tidak termasuk umat Jesus dan dosanya tidak boleh ditebus, kerana Jesus hanya menjadi juru selamat untuk Bani Israil sahaja.

Saya tanya untuk orang2 kristian.

-Apakah faedahnya orang-orang kristian menyebarkan agamanya kepada manusia yang bukan dari bani Israil?. Sedangkan Jesus sendiri tidak berbuat demikian. Dalam Injil Matius yang dibacakan tadi ada juga disebutkan oleh JESUS SENDIRI iaitu: ”TIADALAH AKU DISURUHAN KEPADA YANG LAIN”. Jelas disini Jesus sendiri mengakui ia disuruh. Kalau Jesus itu dikatakan Tuhan, maka saya ingin bertanya, wajarkah Tuhan itu jadi pesuruh??. Jadi Jesus itu bukanlah Tuhan, melainkan pesuruh Tuhan! Sesuai dengan pengakuan Jesus sendiri, yang menyebutkan dalam kitab Injil umat kristian sendiri!.

Injil di dalam bahasa Belanda, halaman 834 ayat 12
Kalau diterjemah ke dalam bahasa melayu:
"Ketika seorang perempuan datang dari kanaan dihadapan Kristus mengemis-ngemis padanya supaya mengubati anaknya. Lalu apakah katanya? Maka jawab Jesus katanya: Tidaklah aku disuruh yang lain, hanya kepada segala domba yang sesat dari antara Bani Israil.”

Terus!!, di sini jelas jelas jelas menunjukkan Jesus hanya MENEBUS DOSA UNTUK UMAT BANI ISRAIL SAHAJA!, jika kamu berbangsa Indonesia, adakah akan terampun???!

Matius, fasal 26, ayat 1 dan 2
”Setelah Jesus menyudahi ucapan itu, maka bertuturlah pula dia kepada murid-muridnya: Kamu memang mengetahui bahawa dua hari lagi akan ada hari raya paskah dan anak manusia akan diserahkan supaya dia disalib.”

-Untuk ayat itu, saya ingin perkatakan, mengapa Jesus berteriak minta tolong kepada Tuhan di waktu akan disalib, kalau benar kedatangan Jesus untuk disalib?

Matius, fasal 27, ayat 46
”Maka kira-kira pukul 3 itu, berserulah Jesus dengan suara nyaring katanya: Ya Tuhanku, ya Tuhanku, kenapa engkau meninggalkan aku.”

-Apa ini??, peliknya, sekiranya umat kristian mengatakan bahawa yang akan disalib ialah badan kemanusiaannya. Jadi yang berteriak itu bukan anak Tuhan, melainkan badan kemanusiaan Jesus. Oleh itu saya ingin bertanya. Di waktu Jesus disalib, ada dimanakah badan ketuhanan Jesus? Kalau umat kristian menjawab berpisah menunjukkan tidak selamatnya Jesus menjadi satu dengan Tuhan. Tetapi kalau saudara jawab tidak terpisah, mengapa badan ketuhanannya tidak dapat menolong Jesus?!.

Bible Galatiah, fasal 3, ayat 13
”Maka Kristus sudah menebus kita daripada kutukan Torat itu dengan menjadi satu kutuk kerana kita kerana dia tersurat: Bahawa terkutuklah tiap-tiap orang yang tergantung pada kayu.”

-Menurut pendapat orang Kristian, Jesus selaku penebus dosa rela disalib. Sedangkan menurut Galatiah yang dibacakan tadi menyebutkan: ”Terkutuklah tiap-tiap orang yang tergantung pada kayu (salib).” Bukankah Jesus termasuk orang yang tergantung pada kayu dan kalau begitu wajarkah Jesus menebus dosa manusia?.

No Response to "Jesus penebus dosa?"

Leave A Reply