WAHHABI

Bid'ah Lebih Disukai Iblis Daripada Maksiat!.

Saturday, June 5, 2010

HADIS PALSU & DHAIF JIDDAN: Kebersihan itu separuh daripada iman.

Posted on 3:38 AM by ♥ LA TAHZAN

Kebersihan itu separuh daripada iman.



Kedudukan Hadis:

Hadis ini telah dikritik dan dilabelkan sebagai hadis dhaif jiddan (sangat dhaif) oleh al Iraqi[23] dan dinyatakan sebagai palsu oleh al Albani[24] dengan lafaz yang hampir sama iaitu “kebersihan itu menyeru kepada keimanan”.



Ulasan:



Telah disepakati oleh semua orang yang mempelajari tentang Islam melalui sumber utamanya iaitu Al Quran dan hadis sahih bahawa Islam memang mementingkan kebersihan. Tetapi tidak ada hadis yang menyatakan bahawa “Kebersihan itu separuh daripada iman”. Kita perlu berhati-hati apabila menyebutkan sesuatu hadis dan tidak sekadar menyebutnya kerana maknanya bertepatan dengan ajaran Islam.



Terdapat satu perkara yang menarik yang saya pernah temui iaitu satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahih Muslim[25] dengan lafaz: الطهور شطر الإيمان yang diterjemahkan dengan maksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Terjemahan sebegini saya temui di dalam salah sebuah majalah yang pernah saya baca. Sedangkan maksud hadis itu yang sebenar menurut kata para pengkaji hadis dalam buku-buku mereka ialah: “Bersuci dari hadas adalah separuh daripada solat”. Terdapat perselisihan pendapat tentang maksud hadis ini dalam buku Jami’ al Ulum wa al Hikam karya Ibnu Rejab al Hanbali (795H). Ibnu Rajab telah membincangkan maksud sebenar perkataanالطهور dan perkataan الإيمان dengan membawa banyak pendapat para ulama. Kesimpulan yang diambil oleh Ibnu Rajab ialah perkataan الطهور membawa maksud ‘bersuci daripada hadas’ dan maksudالإيمان pula ialah ‘solat’[26]. Maksud hadis ini betul, namun hakikat ini tidak bermakna kata-kata tersebut telah benar-benar diucapkan oleh Rasulullah SAW. Kita mesti berhati-hati dalam menyebut sesuatu berkaitan Rasulullah SAW[27].



[23]Al Mughni An Hamli al Asfar – al Iraqi – hadis no. 278.


[24]Dhaif al Jami’ al Shaghir – hadis no. 6163 dan 2414.


[25]Hadis no. 223 dan diriwayatkan juga oleh al Tirmizi (hadis no. 3517).


[26]Jami’ al Ulum wa al Hikam – Ibn Rajab al Hanbali – jilid 2 – muka surat 7 hingga 14.


[27]Sila lihat kembali jawapan kepada soalan nombor 18 dalam buku ini.

SOURCE: http://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu20.htm

*SEBARKAN . . .

3 Response to "HADIS PALSU & DHAIF JIDDAN: Kebersihan itu separuh daripada iman."

.
gravatar
Ami Says....

Assalamuaalaikum warahmatullah hiwabarakatu,

Syukur Alhamdulillah dan Terima kasih kerana mengkongsikan ini tetapi aku ada soalan. Bagaimana al iraqi dan Albani mengetahui kepalsuan dan keda'ifan hadis itu?

Harap maklum dengan soalan ini

.
gravatar
نبيل أوزير ابن ذوالجمال Says....

dgn sanad2nya lah..kemungkinan yg meriwayatkan itu adlh dituduh pendusta atau lemah ingatan atau sebagainya yg menujukan kelemahan yg zahir..itu sbb ianya jadi dhaif atau maudhu'(palsu) tapi maudhu' tu dah ternyata palsu mmg bukan dari nabi muhammad..tapi dlm ulasan imam nawawi dlm matan arbai'n nawawi mengatakan,hadith dhaif ini hanya boleh dalam fadhoil 'amal(kelebihan2 untuk ber'amal)..atau sebagai pengajaran atau menakut2kan..waAllahu A'lam.. pening2 @__@

.
gravatar
Aiman Amz Says....

Memanglah pening kalau mendengar pendapat daripada "penda'wa salafi" sahaja.

Bergurulah dengan 'ulama, yang mempunyai sanand perguruan, yang mempunyai sanad bersambung kepada Rasulullah S.A.W, baik dalam hadith perkataan dan juga hadith perbuatan. Bukannya membaca kitab-kitab yang sememangnya mempunyai sanad sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W., tapi tak sampai pun kepada kita. Bergurulah. Bergurulah. Carilah guru.

Leave A Reply