Bid'ah Lebih Disukai Iblis Daripada Maksiat!.
Tuesday, September 7, 2010
Tak perlu Solat Jumaat jika telah solat Hari Raya???
SOALAN: Pada tahun ini berhimpuan dua hari raya; hari Jumaat dan eidul Adha (& Aidilfitri), maka apakah hukum yang benar? Adakah kami perlu solat Zohor jika kami tidak Solat Jumaat ataupun Solat Zohor juga gugur (kewajipannya) jika kami tidak solat Jumaat?
JAWAPAN: Barangsiapa yang telah solat hari raya pada hari Jumaat, diberi kelonggaran kepadanya untuk meninggalkan solat Jumaat pada hari tersebut kecuali Imam, maka wajib atasnya mendirikannya (Jumaat) bersama mereka yang hadir untuk bersolat sama ada mereka yang telah solat hari raya atau mereka yang tidak solat hari raya, namun jika tiada sesiapa yang datang (untuk solat Jumaat) gugur kewajipan Jumaat darinya dan hendaklah dia solat zohor.
Para Ulama berdalilkan dalam masalah ini dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunan beliau daripada Iyas bin Abi Ramlah al-Syami katanya:
“Aku menyaksikan Muawiyah bin Abi Sufian r.ham bertanya kepada Zaid bin Arqam, katanya: “Adakah kamu pernah meyaksikan bersama Rasulullah s.a.w dua hari raya berkumpul dalam satu hari? Kata Zaid: Ya. Kata Muawiyah: Maka bagaimanakah baginda s.a.w melakukannya (solat)? Jawab Zaid: Baginda solat hari raya dan memberikan keringan untuk solat Jumaat dan bersabda: Barangsiapa yang hendak solat (Jumaat) maka bolehlah dia bersolat”.
Demikian juga dengan apa yang diriwayatkan Abu Daud dalam sunan beliau daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda:
“Telah berhimpun pada kamu di hari ini dua hari raya, maka sesiapa yang berkehendaki telah cukup (telah luput kefarduan) Jumaat daripadanya, sedangkan kami akan melakukannya (solat Jumaat)”.
Ini menunjukkan bahawa diberi kelonggaran daripada menghadiri Jumaat bagi mereka yang solat hari raya dan tidak diberi kelonggaran ke atas Imam kerana sabda Nabi s.a.w: “sedangkan kami akan melakukan Jumaat”.
Demikian juga apa yang diriwayatkan Imam Muslim daripada al-Nu’man bin Basyir r.huma:
“Bahawa Nabi s.a.w membaca dalam Solat Jumaat dan hari raya dengan surah Sabbih (al-A’la) dan al-Ghasyiah, dan kadang-kadang berhimpun dua hari raya maka Nabi s.a.w membaca keduanya dalam kedua-dua solat (raya dan Jumaat)”.
Barangsiapa yang tidak bersolat Jumaat setelah bersolat hari raya maka wajib atasnya menunaikan solat zohor beramal dengan dalil-dalil umum yang menunjukkan wajibnya solat zohor atas mereka yang tidak melakukan solat jumaat.
وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.
Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi.
Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz – Ketua
Abdul Razak ‘Afifi – Timb. Ketua
Abdullah Ghudian – Anggota
Abdullah Qa’ud – Anggota.
[Fatwa no: 2358, Jil.8 m.s 181].
KLIK LINK INI UNTUK MEMBACA FATWA MUFTI MALAYSIA: www.drmaza.com/home/?p=847
No Response to "Tak perlu Solat Jumaat jika telah solat Hari Raya???"
Leave A Reply