Bid'ah Lebih Disukai Iblis Daripada Maksiat!.
Friday, July 15, 2011
7 Hadith Dha'if Popular Sekitar Ramadhan dan Puasa
Tulisan ini secara ringkas membawakan 7 hadith dha'if yang popular dan sering digunapakai dalam tazkirah,kuliah dan ceramah berkaitan ramadhan,khususnya di Malaysia.
Tujuannya adalah supaya kita lebih berhati-hati didalam menaqalkan hadith dan berwaspada dengan ancaman Nabi:
: عَنْ أَبِي هُرَيْرَة قَالَ قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
(( مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَده مِنْ النَّار))
Dari Abu Hurairah dia berkata:Rasulullah Sallallahu 'Alayhi wa Sallam bersabda:
((Barangsiapa yang berdusta keatasku degan sengaja maka persiapkan tempat duduknya dalam Neraka))
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Maka diharapkan kita dapat mencari dan membongkar,lebih banyak lagi hadith-hadith yang bertaraf sahih ataupun sekurang-kurangnya hasan untuk kita gunakan,agar lebih selamat.Wallahu 'Alam.Berikut adalah hadith-hadithnya:
- (( شهر رمضان أوله رحمه و أوسطه مغفرة و آخره عتق من النار ))
((Bulan Ramadhan pada permulaannya rahmat,pertengahannya pengampunan dan penghujungnya adalah perlepasan dari api neraka))Status hadith:Mungkar.Rujuk:Al-Dhu'afa,oleh Al-'Uqayli jilid 2,m/s 162, Kitab 'ilal Hadith,oleh ibn Abi Hatim,jilid 1, m/s 249
2.(( صوموا تصحوا ))
((Berpuasalah,nescaya kamu akan menjadi sihat))
Status hadith:Dha'if.Rujuk:Takhrij Ihya' 'Ulum ad-Din oleh Al-Hafiz Al-'Iraqi,jilid 3,m/s 75
3. (( من أفطر يوما من رمضان من غير عذر ولامرض لم يقضه صوم الدهر وإن صامه ))
((Barangsiapa yang berbuka sehari pada Ramadhan tanpa 'udzur mahupun sakit,tidak akan diterima qadha'nya walaupun dia berpuasa penuh selama setahun(untuk mengganti puasa tersebut) ))
Status hadith:Dha'if.Rujuk:Fathul Bari Syarh Sahih Al-Bukhari,oleh Al-Hafiz Ibn Hajar,jilid 4,m/s 161
4. (( نوم الصائم عبادة ))
((Tidurnya orang yang berpuasa adalah 'ibadah))Status hadith:Dha'if.Rujuk:Ithafus Sa'adah oleh As-Suyuthi,jilid4,m/s 248
5.:حديث أن النبي صلى الله عليه و سلم كان يقول عند الإفطار
(( اللهم لك صمت و على رزقك أفطرت ))
Hadith bahawa Nabi Sallallahu 'Alayhi wa Sallam ketika berbuka membaca do'a((Ya Allah,kerana-Mu aku berpuasa,dan dengan rezeki-Mu aku berbuka))
Status hadith:Dha'if.Rujuk:Al-Adzkar oleh An-Nawawi,muka surat 172,Majma' az-Zawaid oleh Al-Haithami,jilid 3, m/s 156
6. (( اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان ))
((Ya Allah berkahi kami pada rejab dan sya'ban serta sampaikan kepada kami ramadhan.))Status hadith:Dha'if.Rujuk:Majma' Az-Zawaid oleh Al-Haithami,jilid2,m/s165
7.(( ...لو يعلم العباد مافي رمضان لتمنت أمتي أن يكون رمضان السنة كلها)).
((Kalaulah seseorang itu mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan itu nescaya mereka akan mengharap bahawa sepanjang tahun itu seluruhnya ialah Ramadhan sahaja…"sehingga akhir hadith ))
Status:Dha'if.Rujuk:Al-Mawdhu'aat oleh Ibn Jauzi,jilid 2, m/s 188
Wallahu 'Alam.
Tulisan ini diterjemah,disalin dan diringkas dari:
a)أحاديث رمضانية غير صحيحة منتشرة في المنتديات
URL : http://www.saaid.net/mktarat/ramadan/86.htm
b)احذر الأحاديث الضعيفة في فضل رمضان
URL: http://www.saaid.net/mktarat/ramadan/320.htm
c)وقفة مع بعض الأحاديث الضعيفة التي كثر تداولها بين الناس في رمضان
URL: http://www.saaid.net/mktarat/ramadan/29.htm
http://ilmi-islam.com/kehidupan/fiqh-a-sunnah/189-7-hadith-dhaif-popular-sekitar-ramadhan-dan-puasa.html
*Sertai Facebook khas sempena Ramadhan di: http://www.facebook.com/pages/Ramadhan-Bulan-Kemaafan/137419566280379
*Blog kami: www.latahzan00.blogspot.com
No Response to "7 Hadith Dha'if Popular Sekitar Ramadhan dan Puasa"
Leave A Reply