Bid'ah Lebih Disukai Iblis Daripada Maksiat!.
Sunday, July 4, 2010
Seorang wanita yang TIDAK MENUTUP AURAT bertanya kepada Dr Asri..
*Sebelum menekan butang 'like' atau ingin memberi apa-apa 'comment'. Pastikan anda membaca artikel ini SAMPAI HABIS. Bagi yang tidak berminat untuk membacanya. No problem. =)
Seorang wanita yang tidak menutup aurat bertanya kepada saya; “Dr! adakah saya masuk neraka kerana saya tidak menutup aurat, sedangkan saya solat dan melakukan ibadah-ibadah yang lain?”. Saya beritahu kepadanya: “Adapun saya bukanlah malaikat penjaga neraka. Bahkan malaikat penjaga neraka sendiri tidak berhak menentukan siapa yang akan dimasukkan atau dikeluarkan dari neraka. Ini adalah kekuasaan mutlak Tuhan Yang Menciptakan neraka. Di akhirat neraka dimasuki oleh sesiapa yang ditentukan ALLAH sebagai ahli neraka. Demikian juga syurga. Namun ALLAH memberitahu tentang keadaan manusia di akhirat dengan firmanNya (bermaksud) : “adapun orang yang berat timbangan (amal baiknya), Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangannya (amal baiknya), Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar” (Surah al-Qariah 6-11).
Adapun saya yang daif ini tidak mengetahui bagaimanakah timbangan amalan saudari di akhirat kelak. Bahkan nasib saya sendiri saya tidak tahu, bagaimana mungkin saya boleh tahu nasib orang lain?!! Namun jika saudari bertanya saya, adakah perbuatan saudari salah atau betul? Tentu jawapannya: ia satu kesalahan. Apakah perbuatan itu faktor yang membawa ke syurga atau ke neraka? Maka jawapan “dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan ke neraka”. Namun timbangan amalan insan di akhirat bukan hanya terbatas kepada suatu bab sahaja. Ia merangkumi segala bentuk kebaikan dan keburukan.
“Sesiapa beramal dengan kebaikan seberat biji sawi akan dinilai. Sesiapa yang beramal dengan seberat biji sawi keburukan juga akan dinilai”. Kemudian jika natijah dari nilaian itu menunjukkan kebaikan lebih berat dari kejahatan, maka selamatlah dia. Jika sebaliknya, rugilah dia. Dalam hidup ini, ada pula ujian dan cubaan. Sesiapa yang sabar dengan ujian dan cubaan, diberi pahala dan dihapuskan dosa. Kesalahan orang kepada kita juga menjadikan pahalanya dipindahkan kepada kita, atau dosa kita diberikan kepadanya -seperti dalam hadith al-Imam Muslim-. Maka keputusan neraka dan syurga adalah hak ALLAH terhadap hamba-hambaNya.
Apa yang pasti dosa menyumbang ke arah neraka. Pahala menyumbang ke arah syurga. Jika ditanya membuka aurat, riba, derhaka ibubapa dan seumpamanya ke arah mana? Jawapannya ke arah neraka. Jika ada yang berkata, mereka ini juga solat dan buat baik dalam perkara yang lain. Kita katakan; amalan baik menuju ke syurga. ALLAH yang Maha Adil akan menimbangnya dan menentukannya. Demikianlah semua insan. Padanya ada baik dan buruk. Amalan kita akan ditimbang di akhirat kelak”. Wanita itu diam, barangkali dia berpuas hati.
Mesej saya adalah hendaklah melihat setiap insan menerusi kerangka Islam yang menyeluruh, bukan sekadar sentimen ekonomi atau politik. justeru kita akan lebih adil dalam menilai dan menghukum. Janganlah kebencian kita kepada seseorang atau puak dalam satu perkara, menyebabkan kita tidak adil kepadanya dalam perkara-perkara yang lain. Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
*Ini adalah sebahagian dari perenggan dari artikel dr asri, bagi yang nak baca sepenuhnya..sila tekan link ini; http://drmaza.com/arkib_ut
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BERJUANG DI PAGES INI =)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
__________________________
Source: http://drmaza.com/arkib_ut
ADMIN ♥ LA TAHZAN: http://www.facebook.com/?r
♥ LA TAHZAN BLOG: http://www.latahzan00.blog
__________________________
Anda disarankan untuk membaca artikel ini;
Tajuk: "Hukum Ulama Sertai Parti Politik?"
Klik Link: http://drmaza.com/home/?p=
__________________________
Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;
Klik Link: http://al-fikrah.net/
__________________________
1 Response to "Seorang wanita yang TIDAK MENUTUP AURAT bertanya kepada Dr Asri.."
Hi,saya nak copy and paste boleh :) ?
Leave A Reply