WAHHABI

Bid'ah Lebih Disukai Iblis Daripada Maksiat!.

Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Panduan Membicara Sejarah Para Sahabat.

Oleh Hafiz Firdaus Abdullah

Ramai yang menganggap sejarah adalah satu bidang yang mudah. Bagi yang menulisnya, ia sekadar mencatit peristiwa yang telah berlaku sementara bagi yang membacanya, ia sekadar novel pengembaraan yang menyeronokkan. Anggapan di atas tidaklah tepat. Sejarah adalah satu bidang ilmu yang memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Al-Allamah Ibn Khaldun rahimahullah (808H) menjelaskan hakikat ini:

“Suatu yang harus diketahui ialah bahawa sejarah itu adalah disiplin ilmu yang memiliki pelbagai pendekatan. Aspek penggunaannya adalah sangat banyak. Tujuannya pula dapat dibeza-bezakan. Sejarah membuat kita faham akan hal-ehwal sesuatu bangsa yang terdahulu kerana ia tercermin melalui perilaku mereka. Melalui sejarah kita dapat mengetahui biografi para nabi, sesebuah kerajaan dan dasar-dasar raja-rajanya. Ia membolehkan sesiapa yang berminat menteladani contoh-contoh sejarah sebagaimana dalam bidang agama dan perkara-perkara duniawi.
Untuk menulis sesuatu sejarah menghendaki sumber yang banyak dan pengetahuan yang bermacam-macam. Ia memerlukan agakan yang tepat dan ketekunan yang membolehkan para sejarawan itu menemui kebenaran dan menjauhkan daripada melakukan pelbagai ketersasulan dan kesalahan. Sekiranya seseorang sejarawan itu menerima catatan sejarah dalam bentuk yang dinukilkan dan tidak mempunyai pengetahuan yang jelas tentang prinsip-prinsip yang didasarkan oleh kebiasaan, tentang fakta-fakta politik yang asas, tentang watak peradaban, atau keadaan-keadaan yang mempengaruhi organisasi sosial manusia, dan sekiranya lanjutan daripada itu, dia menilai antara bahan yang terpencil atau lama, melalui perbandingan di antara yang baru atau semasa, maka pastinya dia tidak akan dapat mengelak daripada tergelincir dan menyimpang daripada jalan yang benar.
Ramai ahli sejarah tafsir dan ulama terkenal telah melakukan kesalahan ketika menyampaikan hikayat-hikayat dan peristiwa-peristiwa. Hal itu terjadi kerana mereka mengambil dengan begitu sahaja tanpa memikirkan nilainya. Mereka tidak memeriksa prinsip-prinsip yang berlaku pada situasi historis, juga tidak memperbandingkannya dengan bahan-bahan yang serupa. Mereka juga tidak menyelidikinya mengikut ukuran falsafah, dengan bantuan pengetahuan tentang watak alam semesta atau perenungan, dan dengan pengetahuan yang mendalam tentang peristiwa-peristiwa sejarah.” [Muqaddimah, ms. xix-xx]
Pencermatan ke atas kata-kata Ibn Khaldun di atas akan membantu kita meletakkan garis panduan untuk membicara sejarah para sahabat. Terdapat lima garis panduan yang utama dan ia adalah seperti berikut:

Panduan Pertama:
Menyedari bahawa sejarah yang bakal dibicara melibatkan sekumpulan manusia yang paling mulia sesudah para Rasul dan Nabi.

Pembicaraan sejarah para sahabat hendaklah dimulai dengan penetapan asas yang kukuh bahawa sejarah yang bakal dibicarakan bukanlah melibatkan calang-calang orang. Akan tetapi ia melibatkan sekumpulan manusia yang telah dipersaksikan kedudukan mereka oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Salah satu daripada sekian banyak persaksian tersebut adalah firman Allah (yang bermaksud):
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [al-Taubah 9:100]


Dalam ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta‘ala menyebut para sahabat daripada kalangan Muhajirin, Ansar dan yang selepas mereka, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah juga menjanjikan syurga yang kekal kepada mereka semua. Ayat di atas membuktikan kedudukan istimewa para sahabat yang dipersaksikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Persaksian Allah adalah berterusan daripada zaman kehidupan Rasulullah sehinggalah kepada zaman kewafatan para sahabat itu sendiri. Ini kerana Allah Maha Mengetahui perbuatan semua sahabat, sama ada yang sudah, sedang atau akan dilakukan.
Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (774H) mengulas:
“Para sahabat seluruhnya adalah adil di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Allah telah memuji mereka dalam kitab-Nya (al-Qur’an) dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memuji mereka melalui sabda baginda. (Pujian ini merujuk kepada) seluruh akhlak dan perbuatan mereka. Juga terhadap pengorbanan harta dan jiwa yang mereka persembahkan demi membela Rasulullah, semata-mata mengharapkan balasan yang besar dan pahala yang mulia di sisi Allah.” [al-Ba‘its al-Hatsits (الباعث الحثيث) Syarh Iktishar ‘Ulum al-Hadits (diteliti dan disyarah oleh Ahmad Syakir, Dar al-Fikr, Beirut, 1996), ms. 127]
Oleh itu al-Imam Ibn Baththah rahimahullah (387H) mengingatkan:
“(Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah) bersaksi bahawa seluruh kaum Muhajirin dan Ansar dijamin masuk syurga, mendapat keredhaan, diterima taubatnya dan memperoleh rahmat daripada Allah. Hendaklah anda meresapkan ilmu ini benar-benar dan engkau yakini dengan hatimu bahawa seorang yang telah melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, menyertai baginda, beriman kepada baginda dan mengikuti baginda meskipun sesaat adalah lebih utama daripada orang yang belum pernah melihat baginda dan belum pernah menyertai baginda sekalipun dia mengerjakan seluruh amal syurga.” [al-Syarh wa al-Ibanah ‘ala Ushul al-Sunnah wa al-Diyanah (diteliti oleh Redha bin Na’san Mu’thi; Maktabah al-Faisal, Mekah), ms. 263]
Justeru panduan yang pertama adalah menetapkan asas yang kukuh dalam diri kita bahawa apa yang bakal dibicara ialah perihal sejarah orang-orang yang diredhai dan dijamin kedudukan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Disebabkan mereka adalah orang-orang yang diredhai oleh Allah, hendaklah kita membicara sejarah mereka agar dengan itu kita juga memperoleh keredhaan Allah, bukan kemurkaannya. Disebabkan mereka adalah orang-orang yang dijamin kedudukan dalam syurga, hendaklah kita orang-orang yang belum terjamin kedudukannya membicara sejarah mereka agar dengan itu kita juga memperoleh tempat di dalam syurga, bukan neraka.

Panduan Kedua:
Mengenali sikap para sahabat bahawa mereka bukanlah sekumpulan orang yang suka berperang.

Panduan kedua sebelum memulakan perbicaraan tentang sejarah para sahabat adalah mengenali sikap mereka, bahawa mereka bukanlah sekumpulan orang yang suka berperang sesama sendiri. Memang, mereka pada awalnya hidup berkabilah dan lazim bercakaran sesama mereka. Akan tetapi setelah Islam masuk ke dalam hati mereka, sifat saling bercakaran berubah menjadi saling bersatu dan bersaudara. Ini semua adalah nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. [Ali Imran 3:103]


Hasil daripada nikmat Allah ini, para sahabat bukan sahaja saling bersatu dan bersaudara, mereka juga berkasih sayang sesama mereka. Pada waktu yang sama mereka bersikap keras lagi tegas kepada orang-orang yang memusuhi Islam. Allah Subhanahu wa Ta‘ala bersaksi ke atas sikap yang mulia ini:
Nabi Muhammad ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). [al-Fath 48:29]


Berdasarkan sikap saling bersatu, bersaudara dan berkasih sayang, dapat kita sedari bahawa peperangan yang berlaku di antara mereka, yakni Perang Jamal dan Siffin, bukanlah sesuatu yang berlaku di atas pilihan dan kesukaan mereka. Namun ia berlaku di atas faktor-faktor yang tidak disengajai oleh mereka semua sehingga menyebabkan kekeliruan dalam melakukan takwil dan kesalahan dalam berijtihad. Hal ini sepertimana yang penulis terangkan dalam artikel-artikel sebelum ini. al-Imam Abu al-Hasan al-Asya’ari rahimahullah (324H) menegaskan:
“Adapun apa yang terjadi antara Ali, al-Zubar dan Aisyah radhiallahu 'anhum, maka ia tidak lain adalah takwil dan ijtihad. Ali adalah imam (pemimpin saat itu) manakala setiap daripada mereka adalah orang yang layak berijtihad. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah bersaksi bahawa mereka adalah ahli syurga dan (sebahagiannya) akan gugur syahid. Maka ini menunjukkan bahawa setiap daripada mereka adalah benar dalam ijtihad mereka. Demikianlah juga apa yang terjadi antara Ali dan Muawiyah radhiallahu 'anhuma, ia adalah takwil dan ijtihad.
Semua sahabat adalah imam dan terdiri daripada orang yang dipercayai, tanpa dicurigai agama (mereka). Demi sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah memuji mereka keseluruhannya serta menyuruh kita untuk menghormati, mengagung dan mencintai mereka sebagai satu bentuk ibadah. Hendaklah berlepas diri daripada setiap orang yang mencela seorang jua daripada mereka, radhiallahu 'anhum ajma‘in. [al-Ibanah ‘an Ushul al-Diyanah (Univ. Islam Madinah), ms. 224-225]
Lebih dari itu, sekalipun Perang Jamal dan Siffin benar-benar berlaku, jumlah sahabat yang terlibat dalamnya amatlah sedikit. Ini bukan sahaja disebabkan sikap mereka yang saling bersatu, bersaudara dan berkasih sayang, tetapi juga disebabkan peringatan yang diberikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka sejak dari awal. Baginda pernah bersabda:
Akan terjadi fitnah. Duduk ketika itu adalah lebih baik daripada berdiri, berdiri ketika itu adalah lebih baik daripada berjalan dan berjalan ketika itu adalah lebih baik daripada berlari. Orang yang menyaksikannya (peristiwa fitnah) akan tertarik ke dalamnya. (Oleh itu) sesiapa yang mendapati tempat berlindung maka hendaklah dia berlindung di dalamnya. [Shahih Muslim – hadis no: 2886]


Berkenaan jumlah sahabat yang terlibat dalam Perang Jamal, al-Sya’bi rahimahullah (104H) menerangkan:
“Tidak ada para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang turut serta dalam Perang Jamal kecuali Ali, Ammar, Thalhah dan al-Zubair. Jika dikatakan ada orang kelima, maka aku berdusta.” Adapun Perang Siffin, maka Muhammad bin Sirin rahimahullah (110H) menegaskan: “Api fitnah (Perang Siffin) membara sementara para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berjumlah puluhan ribu. Tidak sampai seratus orang yang terlibat di dalamnya, bahkan tidak sampai tiga puluh orang.” [Kedua-duanya diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Khallal dalam Kitab al-Sunnah (Dar al-Rayah, Riyadh, 1410H), riwayat no: 729 & 728 dan sanad kedua-duanya dinilai sahih oleh peneliti kitab: Dr. ‘Athiyah al-Zaharani]
Berdasarkan Panduan Kedua ini, dapat dikenali sikap para sahabat radhiallahu 'anhum bahawa mereka bukanlah sekumpulan manusia yang suka berperang sesama mereka. Perang Jamal dan Perang Siffin benar-benar berlaku akan tetapi ia bukanlah di atas pilihan mereka. Lebih penting, yang terlibat secara tidak sengaja dalam kedua-dua peperangan tersebut hanya segelintir sahabat yang terkeliru dalam melakukan takwil dan ijtihad. Majoriti sahabat mengecualikan diri daripadanya.
Panduan Pertama dan Kedua di atas membentuk asas yang penting kepada setiap individu yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dalam membicarakan sejarah para sahabat. Tanpa kedua-dua asas ini, seseorang itu akan cenderung kepada membicara sejarah para sahabat dengan pandangan yang negatif, sekaligus menjerumuskan dirinya untuk membuat kesalahan-kesalahan yang fatal.


Panduan Ketiga:
Setiap peristiwa sejarah hendaklah dinilai sama ada ia adalah sahih atau tidak.

Perlu diketahui bahawa sumber yang lazim digunakan untuk membicara sejarah para sahabat terbuka kepada pelbagai manfaat dan mudarat. Sumber yang dimaksudkan ialah kitab-kitab sejarah itu sendiri. Ini kerana tidak ada kitab sejarah yang ditulis ketika berlaku sesebuah peristiwa sejarah pada zaman sahabat. Kitab sejarah hanya ditulis beberapa dekad atau kurun selepas berlaku sebuah peristiwa berdasarkan riwayat-riwayat yang dicerita daripada seseorang kepada orang yang lain. Riwayat-riwayat inilah yang memenuhi kitab-kitab sejarah kita. Orang-orang yang menyampaikan peristiwa sejarah ini, hanya segelintir yang dipercayai dan boleh diambil pengkhabaran mereka. Bakinya yang majoriti terdiri daripada orang yang tidak dapat dipercayai, pendusta, pemfitnah, pengampu pemerintah, tukang cerita yang menokok tambah dan sebagainya.
Memang, para pengarang kitab sejarah telah mengemukakan nama-nama penyampai peristiwa sejarah agar orang-orang terkemudian dapat mengkajinya dan membezakan antara yang benar dan salah. Pun begitu, pada hakikatnya tidak ramai yang mampu atau mahu melakukan kajian dan pembezaan sedemikian. Tanpa kajian dan pemeriksaan ini, ditambah dengan kejahilan akan Panduan Pertama dan Kedua di atas, ramai penulis buku atau artikel sejarah hanya mengambil cerita-cerita yang menyeronokkan para pembacanya. Tidak ketinggalan adalah para penulis daripada aliran Syi‘ah, mereka memilih cerita-cerita yang dapat dijadikan sumber fitnah ke atas para sahabat.
Justeru melalui Panduan Ketiga ini, hendaklah setiap yang ingin membicara sejarah para sahabat terlebih dahulu menilai kesahihan sesuatu peristiwa sejarah yang bakal dibicarakan. Hendaklah peristiwa sejarah itu dirujuk kepada kitabnya yang asal agar dengan itu dapat ditemui nama para penyampainya. Kemudian dikaji sama ada para penyampai tersebut boleh dipercayai atau sebaliknya.
Tugas ini pasti amat memberatkan. Ia hanya mampu dilakukan oleh para tokoh yang menguasai kesemua kitab hadis dan sejarah dengan pengkhususan kepada ilmu sanad dan al-Jarh wa al-Ta’dil. Disebut “kitab-kitab hadis” kerana sumber-sumber sejarah para sahabat juga terhimpun di dalam kitab-kitab hadis dan ianya lebih terjamin kesahihannya berbanding kitab sejarah. Maka dengan itu ambillah sejarah para sahabat daripada para tokoh yang penulis sebutkan ciri-cirinya di atas. Manhaj ini jugalah yang diguna oleh penulis (Hafiz Firdaus) dalam artikel-artikel sebelum ini berkenaan pendirian para sahabat di sebalik Perang Jamal, Siffin, pembunuhan Hasan dan Husain. Penulis tidak merujuk terus kepada kitab sejarah, sebaliknya terus kepada para tokoh yang telah meneliti kitab-kitab sejarah tersebut dan seterusnya membezakan antara yang hak dan batil.
Jika menghadapi kesukaran untuk mempraktikkan Panduan Ketiga ini, memadailah dengan Panduan Pertama dan Kedua di atas. Tenangkanlah diri dengan kedudukan para sahabat yang telah dipersaksikan oleh Allah dan Rasul-Nya serta pelbagai jasa mereka untuk membela dan menegakkan Islam. Janganlah diberi perhatian atau disebar-sebarkan riwayat tentang sejarah pertikaian para sahabat yang ditemui di sana sini. Ini kerana riwayat-riwayat sejarah tersebut kemungkinan besar adalah dusta atau ditokok tambah manakala kesaksian Allah dan Rasul-Nya adalah bebas daripada semua itu.
Al-Imam Ibn Baththah berpesan:
“Kita wajib menahan diri daripada pertikaian yang terjadi di antara sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Sebabnya, mereka telah melalui pelbagai peristiwa bersama Rasulullah dan telah mendahului manusia yang lain dalam hal keutamaan. Allah telah mengampuni mereka dan memerintahkan agar (umat Islam terkemudian) memintakan ampun untuk mereka dan mendekatkan diri kepada-Nya dengan mencintai mereka. Semua itu Allah wajibkan melalui lisan Rasul-Nya.
Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, bahawa mereka akan saling berperang. Mereka memperoleh keutamaan daripada yang lainnya kerana segala kesalahan dan kesengajaan mereka telah dimaafkan. Semua pertikaian yang terjadi di antara mereka telah diampuni.
(Oleh itu) janganlah melihat (memberi perhatian) ulasan-ulasan tentang Perang Siffin, Perang Jamal, pertikaian di Dewan (Bani Sa‘idah) dan selainnya yang terjadi di antara mereka. Janganlah anda tulis untuk dirimu sendiri atau orang lain. Janganlah anda meriwayatkannya daripada seorang jua dan jangan pula membaca serta menyampaikannya kepada orang lain. Itulah perkara yang disepakati oleh para ilmuan umat Ini. Mereka sepakat melarang perkara yang kami sebutkan (di atas).” [al-Syarh wa al-Ibanah, ms. 268-269]

Panduan Keempat:
Setiap peristiwa sejarah hendaklah dinilai kewajarannya.

Jika kesahihan sesebuah hadis dinilai dari sudut sanad dan matannya, demikianlah juga kesahihan sesebuah peristiwa sejarah. Ia tidak sahaja dinilai dari sudut para penyampainya tetapi juga apa yang disampaikan. Di sini sesebuah peristiwa sejarah yang disampaikan hendaklah dinilai kewajarannya berbanding faktor tempat, zaman dan keadaan manusia saat itu. Jika faktor-faktor ini adalah tidak wajar, dapat dikenali bahawa peristiwa tersebut sebenarnya adalah tidak sahih. Sering kali sesebuah peristiwa sejarah didapati tidak wajar kerana ia telah dibesar-besarkan (exaggeration). Lebih menarik, peristiwa sejarah yang sering dibesar-besarkan ialah apa yang menyangkut peperangan dan harta benda. Al-Allamah Ibn Khaldun menerangkan hakikat ini:
“Apabila seseorang pembicara pada sesuatu zaman ingin menggambarkan tentang jumlah tentera sesuatu kerajaan itu atau semasanya dan apabila mereka bercakap fasal tentera Islam atau Kristian, atau ketika hendak menggambarkan hasil-mahsul dan jumlah wang yang dibelanjakan, apa yang dilakukan oleh orang kaya, semuanya itu didapati bagai sengaja dilebih-lebihkan, sesuatu yang melampaui apa yang sepatutnya, dan sesuatu yang hanya untuk membangkitkan perhatian umum semata. Apabila seseorang pegawai yang bertanggungjawab disoal tentang jumlah tenteranya, apabila barang-barang dan harta benda itu ditaksirkan, dan apa yang dibelanjai oleh si kaya-raya dilihat mengikut keadaan biasa, ternyata jumlah itu hanya mencapai 1/10 daripada apa yang telah dinyatakan tadi. Sebabnya mudah sekali, ia sengaja direka-reka untuk menarik perhatian.” [Muqaddimah, ms. xxiv]
Contoh terbaik peristiwa sejarah yang dibesar-besarkan sehingga melebihi batas kewajaran adalah jumlah pasukan yang terlibat dalam Perang Jamal dan Siffin serta jumlah yang terkorban daripadanya. Ambil sahaja Perang Siffin, disebut-sebut kononnya pasukan Ali berjumlah 90,000 orang manakala pasukan Muawiyah berjumlah 120,000 orang. Jumlah yang terkorban daripada kedua-dua pihak ialah 70,000 orang. Sedikit penelitian yang kritis akan mendapati jumlah di atas telah dibesar-besarkan berkali ganda sehingga lebih mirip kepada sebuah mitos dongeng. Perhatikan poin-poin berikut:
· Sebelum ini diterangkan bahawa jumlah sahabat yang terlibat dalam Perang Siffin adalah tidak lebih daripada 30 orang. Maka siapakah yang membentuk baki selebihnya? Adakah mereka terdiri daripada orang-orang yang baru memeluk Islam? Hal ini tidak mungkin kerana orang-orang yang baru memeluk Islam akan menjadikan para sahabat yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada mereka sebagai tempat rujukan. Jika para sahabat ini tidak turut serta dalam Perang Siffin, maka mereka juga tidak akan turut serta.
· Mungkinkah baki selebihnya adalah tentera upahan? Jawapannya tetap tidak mungkin kerana menggerakkan pasukan tentera dengan jumlah sebesar itu adalah sesuatu yang amat sukar lagi mustahil dari sudut logistik. Setiap anggota perlu terlebih dahulu dilatih dan diberi kelengkapan yang sesuai. Kemudian ketika bergerak ke medan peperangan, perlu disediakan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi kepada setiap anggota pasukan, termasuk kepada haiwan tunggangan mereka. Perlu diingatkan bahawa pada zaman itu tidak ada kemudahan logistik yang membolehkan persiapan dan pergerakkan pasukan tentera secara besar-besaran dalam masa yang singkat.
· Seandainya benar dua pasukan umat Islam yang amat besar telah terlibat dalam Perang Siffin, sudah tentu ia akan melemahkan kedudukan umat Islam secara keseluruhannya di mata musuh. Seterusnya pasti musuh-musuh ini akan mengambil kesempatan untuk menyerang mana-mana wilayah Islam. Ternyata hal ini tidak berlaku. Musuh Islam tetap gerun kepada umat Islam sepanjang tempoh itu, menunjukkan tidak ada dua pasukan umat Islam yang amat besar telah saling bertempur sesama mereka.
· Disebut bahawa jumlah korban adalah 70,000 orang. Siapakah orang terpercaya yang menghitung jumlah ini? Jawapannya tidak ada.
· Seandainya 70,000 orang telah menjadi korban, nescaya proses pengkebumian akan mengambil masa yang tersangat lama. Ini kerana pada zaman itu tidak ada jentera berat yang dapat mempercepatkan proses ini. Anehnya tidak ditemui kitab sejarah yang mencatit proses pengkebumian ini.
· Akhir sekali, seandainya 70,000 orang gugur di Siffin, sudah tentu tempat itu akan menjadi lokasi arkeologi besar-besaran yang amat masyhur sekarang ini. Ia akan dibanjiri dengan para pengkaji arkeologi bagi meneliti susuk manusia, pakaian, kelengkapan mereka 1400 tahun yang lalu. Akan tetapi hal ini jelas tidak berlaku.
Berdasarkan penelitian yang adil terhadap poin-poin di atas, benarlah kenyataan al-Allamah Ibn Khaldun bahawa jumlah yang sebenar hanyalah 10 peratus daripada apa yang disebut-sebutkan. Malah tidaklah menjauhi kebenaran jika dikatakan jumlah yang sebenar adalah lebih kecil daripada 10 peratus. Sebagai contoh, kitab-kitab sejarah menyebut bahawa jumlah korban Perang Jamal adalah 10,000 orang. Akan tetapi Dr. Muhammad bin Shamil al-Sulami dalam kajian tesisnya mendapati jumlah yang sebenar adalah tidak lebih daripada 300 orang. [Tartib wa Tahzib Kitab al-Bidayah wa al-Nihayah (edisi terjemahan oleh Abu Ihsan al-Atsari; Darul Haq, Jakarta, 2004), ms. 476] Jumlah ini hanyalah 3 peratus daripada jumlah yang disebut-sebut dalam kitab sejarah. Setakat ini penulis tidak menemui kajian khas tentang jumlah korban Perang Siffin. Namun tidaklah berlebihan jika dikatakan bahawa jumlahnya adalah sekitar satu hingga lima peratus daripada jumlah 70,000 yang disebut-sebutkan.
Pengajaran penting Panduan Keempat ini adalah, apabila ingin membicara sejarah para sahabat, hendaklah diperhatikan kewajarannya berbanding faktor tempat, zaman dan keadaan manusia saat itu. Hendaklah berbicara dengan pemikiran tajam yang bersifat menganalisa, lebih-lebih lagi apabila ia menyangkut peristiwa peperangan dan harta benda. Ini kerana pada kedua-dua peristiwa ini, lazimnya telah berlaku tokok tambah yang berganda-ganda. Ingat, sejarah para sahabat bukanlah novel pengembaraan yang boleh ditulis dan dibaca begitu sahaja dengan pemikiran yang tumpul lagi mendatar.

Panduan Kelima:
Peristiwa sejarah yang sahih dan wajar hendaklah dibicara dengan minda yang positif.

Sesuatu peristiwa sejarah yang lulus Panduan Ketiga dan Keempat hendaklah dibicara dengan minda yang positif agar ia menepati Panduan yang Pertama dan Kedua. Sebagai contoh, di dalam Shahih al-Bukhari – hadis no: 3670, diterangkan bahawa berlaku kekecohan di dewan Bani Sa‘idah ketika membincangkan pengganti Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Para penulis dan pembaca yang cenderung membicarakan sejarah para sahabat dengan minda yang negatif akan menafsirkan “kekecohan” tersebut sebagai suasana perpecahan yang dahsyat dan pemilihan Abu Bakar radhiallahu 'anh yang terhasil daripadanya adalah pemilihan yang tidak adil.
Padahal jika dibicarakan dengan minda yang positif, dapat difahami bahawa “kekecohan” tersebut timbul tidak lain kerana kesungguhan para pembesar sahabat ketika itu untuk membincangkan pengganti Rasulullah. Ini kerana isu kepimpinan adalah satu persoalan yang amat penting untuk agama dan umat. “Kekecohan” tersebut reda apabila Abu Bakar dipilih menjadi khalifah yang pertama. Seandainya pemilihan tersebut berlaku dalam suasana yang tidak adil, sudah tentu “kekecohan” akan berterusan sesudah itu.
Demikian lima panduan kepada sesiapa yang ingin membicarakan sejarah para sahabat. Ringkasnya untuk membicarakan apa-apa sejarah para sahabat, hendaklah terlebih dahulu menyedari bahawa yang bakal dibicarakan melibatkan sekumpulan orang yang diredhai oleh Allah dan dijamin masuk syurga. Selain itu mereka juga adalah sekumpulan orang yang saling bersatu, bersaudara dan berkasih sayang sesama mereka hasil daripada nikmat Allah kepada mereka. Justeru apabila ingin membicarakan sejarah mereka, hendaklah disemak terlebih dahulu sama ada peristiwa tersebut adalah sahih sumbernya dan wajar berlaku pada zaman, tempat dan keadaan manusia pada saat itu. Seandainya sahih dan wajar, maka bicaralah dengan minda yang positif agar ia menepati ciri-ciri mereka yang diredhai oleh Allah dan ahli syurga. Semoga dengan panduan ini, kita juga termasuk dalam golongan yang diredhai Allah dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.

http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah4/tajuk10b.htm

http://syiahmalaysia.blogspot.com/2011/04/panduan-membicara-sejarah-para-sahabat.html

Sunday, November 14, 2010

Video aksi ranjang 3gp ku tersebar! =(


"Kesedihan diiringi tangisan air mata penyesalan..."

Tujuan penulisan artikel ringkas ini adalah di atas dasar kasih sayang sesama Muslim dan bertujuan untuk memperingati antara satu sama lain, sesuai dengan sabda Rasulullah saw;

"..Sampaikan dariku walau satu ayat.." [-HR: Tirmidhi]

Kata pepatah "Pandai buat pandai tanggung." "Bila dah terkena, baru nak sedar."

Itulah realiti yang berlaku kepada anak muda mudi pada hari ini. Kehidupan mereka yang tidak mempunyai satu matlamat dan arah tuju di masa hadapan. Dibelai dengan kehidupan dan keseronokan duniawi barat yang menghalang dari perhubungan dengan Sang Khalik yang Agung, Allah azza wajallah.

www.muawiyah90.blogspot.com

Antara permasalahan yang kerap berlaku dan boleh dikatakan masalah 'favourite' anak muda mudi kita ialah perlakuan seks bebas (zina). Perlakuan yang begitu jijik, hina dan keji di mata Allah yang di langit dan makhlukNya yang soleh. Perlakuan ini termasuk di dalam salah satu perlakuan yang Haram dan berdosa besar. Kerana itulah ancamannya sangatlah menggerikan. Rejam sehingga mati bagi pembuat yang sudah bernikah dan sebatan sebanyak 100 kali bagi yang belum bernikah. Nauzubillah. Semoga Allah mempelihara kita.

"Setiap penyakit, ada ubatnya." Tetapi untuk mendapatkan ubatnya perlulah berusaha. Dan usaha itu perlulah dengan kesungguhan, keikhlasan dan pengharapan yang jitu. Jika tidak, usaha itu hanya sekadar usaha kosong yang tidak memberi apa-apa penyelesaian.

www.muawiyah90.blogspot.com

Trend anak muda mudi kita ketika melakukan hubungan seksual haram ini ialah dengan merakamnya, khususnya bagi pasangan pakwe makwe. Tujuan merakam kononnya sebagai kenangan manis dan bukti cinta. Selalunya yang memulakan rakaman itu sudah tentu dari pihak teman lelaki yang mulutnya terkenal manis berbicara. Kemanisan itu pula telah menyebabkan si teman wanita itu mudah terperangkap.

Perbuatan cela dan keji ini semakin kerap dilakukan tanpa had dek ketagihan. Jika sebelum ini kerana cinta, kini kerana nafsu haiwan. Telanjang pun no problem, beraksi pun no problem, asalkan puas!. Dosa pahala sudah tentu tidak wujud lagi dalam diri mereka, kerana itulah kita boleh melihat ada ramai dari kalangan mereka yang melakuakan perbuatan haram ini terdiri dari mereka yang berhijab. Nauzubillah.

www.muawiyah90.blogspot.com

Putus hubungan!. Itulah kesudahan mereka!. Permulaan yang buruk berakhir dengan buruk. Pertikaman lidah antara pasangan tersebut telah menyebabkan si teman lelaki menjadi berang lalu menyebarkan video-video ranjang teman wanitanya seluas-luasnya. Sekali tersebar di internet, alamat mimpilah untuk menghapusnya semula.

Apa yang berlaku padanya selepas kejadian tragis tersebut?. Tidak perlulah saya memanjangkan kisah yang menakutkan ini, cukup sekadar penulisan ringkas di atas yang akan membuatkan anda berfikir sebelum bertindak.

www.muawiyah90.blogspot.com

Cuma, disini saya ingin memberikan khabar gembira bagi mereka yang telah terlanjur atau dalam kedukaan dan kesedihan. Khabar gembira ini bukanlah dari saya, bukanlah dari para Ulama', tetapi dari Sang Khalik yang telah mencipta anda dengan penuh kasih sayang, Allah! dan utusannya yang mulia, Rasulullah saw.

Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba-hamba Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Disediakan oleh: Abu Mu'awiyah.

www.muawiyah90.blogspot.com
__________________________________________________________________________________

*Dibenarkan untuk menyebarkan artikel ini, tetapi perlu disertai dengan sumbernya, dan anda dilarang sama sekali untuk mengedit mana2 part kerana takut terdapa puak-puak yang ingin 'sabotaj' dan takut terjadinya salah faham. Syukran!.

Anda disarankan join page ini: http://www.facebook.com/pages/Kami-Berdosa-bimbinglah-kami/108343885892137

Join saya di TWITTER: http://twitter.com/Muawiyah90

Saturday, July 10, 2010

"MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, MELANESIA"

"Nusantara...
lupakah kau, bahawa dahulu kala,
kerajaan Sriwijaya Islam...
mempunyai hubungan erat dengan...
kerajaan Gergasi Islam...
iaitu Khilafah Bani Umayyah."

"Nusantara...
Lupakah kau, bahawa dahulu kala,
kerajaan Melaka Islam...
mempunyai hubungan erat dengan...
kerajaan Gergasi Islam...
iaitu Khilafah Bani Uthmaniyah."

"Apakah kau sudah lupa akan sejarah yang agung ini?.
Seramai 200 juta bangsa Melanesia-Indonesia.
yang beragama Islam dan bertutur menggunakan Bahasa Melayu..
telah pun hidup berpecah belah mengikut Wilayah dan Negara...
Sehingga, wujudnya istilah...
Melayu Islam Malaysia..
Melayu Islam Indonesia..
Melayu Islam Singapura..
Melayu Islam Brunei...dan,
Melayu Islam Melanesia."

"Di manakah kekuatan kita hari ini?.
Kita sering bergaduh soal remeh,
yang sama sekali tidak memberi apa-apa keuntungan
untuk Agama Islam."

"Kita bertikam lidah hanya kerana isu Ambalat,
kita bertikam lidah hanya kerana isu Minyak,
Kita bertikam lidah hanya kerana isu TKI,
Kita bertikam lidah hanya kerana isu Kebudayaan."

"Oh Tuhan, betapa gembiranya kaum kuffar hari ini,
melihat bangsa ini yang dahulunya begitu digeruni..
berjaya diperbodohkan sebodoh-bodohnya."

"Nusantara...
Marilah!. Ayuhlah!. Sahutlah seruan ini..
Marilah kita bersatu kembali di bawah payung Islam..
Tinggalkanlah segala bentuk perkauman dan kebangsaan. "
Percayalah...kita mampu."

*Bangsa Melanesia ialah orang Melayu yang tinggal di Negara seperti Burma, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, Afrika Selatan, Singapura dan Madagascar.

"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia ialah untuk beribadat kepada Aku (Allah S.W.T)."
( Surah al-Zariyat ayat: 56 )



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PLEASE INVITE LEBIH RAMAI RAKAN ANDA BERSAMA-SAMA UNTUK
BERJUANG DI PAGES INI =)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
_____________________________________________________

Source: http://drmaza.com/home/?p=406

ADMIN ♥ LA TAHZAN: http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100001119429615&ref=ts

♥ LA TAHZAN BLOG:http://www.latahzan00.blogspot.com/
_____________________________________________________

Anda disarankan untuk membaca artikel ini;

Tajuk: "Hukum Ulama Sertai Parti Politik?"

Klik Link: http://drmaza.com/home/?p=1183
_____________________________________________________

Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;

Klik Link: http://al-fikrah.net/
_____________________________________________________

Sunday, July 4, 2010

“Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!”

*Saya dapatkan artikel ini daripada salah seorang sahabat saya di fb. Jadi saya meminta kebenarannya untuk dipostkan di sini.

As-Salaamu ‘alaikum…

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)

Al-Faqir illallah Nawawi Bin Subandi as-Salafy wal-Atsary

*Gambar di bawah tidak ada kene mengena dengan artikel di atas, ianya menunjukkan salah satu tanda akhir zaman pemakaian tudung seperti bonggol unta...golongan Muslimah, tolong elakkan dari memakai tudung seperti di bawah.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PLEASE INVITE LEBIH RAMAI RAKAN ANDA BERSAMA-SAMA UNTUK
BERJUANG DI PAGES INI =)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
___________________________________________________________________

Source: http://muslim-responses.com/Illogical_Trinity/Illogical_Trinity_

ADMIN ♥ LA TAHZAN: http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100001119429615&ref=ts

♥ LA TAHZAN BLOG: http://an-nawawi.blogspot.com/
___________________________________________________________________

Anda disarankan untuk membaca artikel ini;

Tajuk: "Hukumlah Dengan Keluasan Islam Bukan Sentimen"

Klik Link: http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=16
___________________________________________________________________

Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;

Klik Link: http://al-fikrah.net/
___________________________________________________________________

Thursday, July 1, 2010

Marilah kita menjadi orang Muslim yang matang...



Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, daripada rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ia bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya.

Islam adalah agama yang bina di atas hujah dan dalil. Sumber ajaran yang agung Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah. Tiada Islam tanpa hujah dan dalil. Segala cakap kosong tanpa alasan tidak layak untuk dikaitkan dengan agama yang suci ini.

Islam adalah agama Allah yang Maha Mencipta Lagi Maha Mengetahui. Justeru itu, mustahil terdapat dalam ajaran Islam sesuatu yang menyanggahi fakta yang benar dan hakikat ilmiah. Apa sahaja pendapat yang menggunakan nama Islam, namun tidak berpaksi hujah dan dalil dari al-Quran atau al-Sunnah, maka ianya bukan ajaran Islam sekalipun yang memberikan pendapat itu menyangkut kan pada dirinya berbagai gelaran agama, atau memakai bermacam pakaian yang dikaitkan dengan agama. Demikian juga, apa sahaja pandangan yang dikaitkan dengan Islam jika terbukti secara realitinya bercanggah dengan hakikat alam atau fakta sains yang pasti, atau kemaslahatan hakiki insan secara nyata maka ianya juga bukan dari ajaran Islam sama sekali. Kata sarjana besar Islam al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):

“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

Apa sahaja pandangan mengenai Islam yang menyanggahi al-Quran atau al-Sunnah atau asas-asas kemaslahatan yang digariskan oleh syariah adalah tertolak tanpa mengira siapa pun tokohnya. Maka pendapat setiap orang sekalipun dia seorang mufti, atau tok guru atau ustaz boleh diterima atau ditolak, kecuali al-Quran dan al-Sunnah. Pendapat sesiapa pun –sekali pun ulama besar- berhak untuk dipertikaikan selagi tidak menepati nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Tiada siapa pun yang maksum dalam Islam melainkan rasul yang diutuskan. Setiap pandangan agama oleh seorang tokoh atau ustaz bukan semestinya ditelan bulat-bulat.

Firman Allah dalam Surah al-Isra ayat 36 (maksudnya): Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H): “Maka wajib bagi kita untuk mengikut orang yang terhalang daripada kesilapan (maksudnya RasululuLah S.A.W) dan berhenti daripada mengikut sesiapa yang tidak terhalang daripada silap apabila melihat kekeliruan pada ikutan tersebut. Bahkan kita bentangkan apa yang datang daripada para imam kepada al-Kitab dan al-Sunnah. Apa yang keduanya (al-Quran dan al-Sunnah) terima, maka kita terima, dan apa yang kedua tidak terima kita tinggalkannya.”. (Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 165, Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi).

Sekalipun menghormati dan beradab dengan ulama diperintahkan oleh nas-nas Islam, namun ini tidak pernah menghalang seseorang memberikan kritikan ilmiah atau mempersoalkan kembali pandangan diberikan mereka dengan tetap menjaga disiplin-disiplin agama.

Inilah pegangan sebenar para sarjana Islam yang muktabar sejak sekian lama. Lihat sahaja sarjana besar al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) yang mengkaji tokoh-tokoh umat Islam. Al-Imam al-Zahabi ini ketika memperkatakan sirah tokoh ilmuan besar iaitu Waki’ Ibn al-Jarrah, beliau memuji kehebatan Waki’. Antaranya al-Zahabi menyebut “beliau antara lautan ilmu dan para imam huffaz (hadith)”. Kemudian beliau menyebut perkataan Yahya bin Aktham: “Aku bersahabat dengan Waki’ ketika di tempatnya dan musafir. Dia berpuasa al-dahr (setiap hari) dan mengkhatam al-Quran dalam satu malam”.

Al-Zahabi mengulas perbuatan Waki’ ini dengan katanya: “Aku katakan: Ini adalah ibadah yang dikagumi. Namun untuk dilakukan oleh seorang imam dari kalangan para imam hadith adalah tidak wajar. Sesungguhnya telah sahih larangan Nabi a.s berpuasa setiap hari dan membaca (mengkhatam) al-Quran kurang daripada tiga hari. Agama itu mudah. Mengikut sunnah adalah lebih utama. Semoga ALLAH meredhai Waki’. Mana hendak dicari orang (yang hebat) seperti Waki’?! Namun begitu dia selalu meminum nabiz Kufah, yang memabukkan jika diminum banyak. Dia membuat takwilan dalam meminumnya (beliau tidak menganggap haram selagi tidak memabukkan). Jika dia tinggalkannya (tidak meminumnya) atas sikap warak adalah lebih baik untuknya. Ini kerana sesiapa yang menghindari syubhat maka selamatlah agama dan maruahnya. Sesungguhnya telah sahih larangan dan pengharaman nabiz berkenaan. Namun bukan di sini perbincangannya. Setiap orang boleh diambil dan ditinggalkan pendapatnya (kecuali RasululLah s.a.w). Tidak dijadikan contoh teladan kesalahan seseorang alim. ( Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 9/142-144 Beirut: Muassasah al-Risalah).

Sekalipun Waki’ ulama besar, namun kesilapan ilmiah mesti dinilai sebagai kesilapan ilmiah. Jelas, kita disuruh untuk menghormati orang lain terutama guru agama, namun ini tidak menghalang untuk kita bercakap benar beralaskan disiplin dan akhlak yang diajar oleh Islam.

Saya bincangkan tajuk ini, kerana sesetengah masyarakat tidak berani mempersoalkan seseorang yang dianggap ustaz sekalipun apa yang dinyatakan itu tidak berasas sama sekali. Mereka seakan diberikan lesan yang begitu besar untuk bercakap apa sahaja atas nama agama sekalipun tanpa hujah atau alasan yang kukuh. Bahkan sesetengah pengajar agama dahulu memberikan amaran kepada murid-muridnya bahawa “barang siapa yang banyak bertanya, maka lemahlah imannya”. Maka kita tidak hairan jika ada negeri yang antara himpunan fatwanya mengharamkan jualan lembu kepada orang cina, menghukum budu sebagai najis jika terkena pakaian tetapi tidak najis untuk dimakan dan berbagai lagi fatwa yang pelik-pelik!!. Namun tiada siapa yang berani bertanya atas apa alasan hukum agama seperti itu dibuat, kerana bimbang nanti dituduh lemah iman.

Ada seorang penceramah agama berceramah ke sana sini di negara kita mengatakan menurut Islam ubat untuk pesakit aids adalah disebat seratus rotan di belakangnya. Kesan sebatan itu akan menyembuhkan penyakit. Inilah ajaran Islam. Beliau mendakwa kononnya ini adalah kajian berdasarkan al-Quran dan sains. Entah saintis mana yang memberi maklumat kepadanya saya pun tidak tahu. Maka meriahlah beliau dijemput oleh sesetengah pihak untuk memberikan penerangan-penerangan agama ala beliau itu. Ada yang memberi sambutan.

Saya ingin bertanya; “Para pesakit aids bukan kesemua mereka terlibat dengan zina, adakah mereka semua hendak disebat juga?. Adakah dengan jangkitan aids sudah cukup pada penilaian syariah untuk seseorang dihukum sebat seratus rotan?” Ini adalah kekeliruan yang nyata. Malangnya, ada masjid sehingga di KL pun yang memanggil penceramah yang seperti ini. Saya juga hairan ada sesetengah orang yang sangat terpelajar dan mampu menggunakan kewarasannya dengan maksima, namun apabila sampai dalam soal pandangan agama, dia mencampakkan segala kebijaksanaannya dan membisukan diri seakan Islam ini memusuhi lojik dan akal lalu bertaklid buta.

Dahulu kita mendengar ada penceramah yang mendakwa beliau menanam mayat seorang kaya yang bertukar menjadi makhluk lain tanpa diketahui oleh sesiapa. Apa yang menariknya dalam negara yang mempunyai undang-undang seperti kita tidak ada siapa pula yang mencari kehilangan orang kaya berkenaan, sehingga penanamnya mendedahkannya. Pada hal cerita itu membabit peribadi yang sudah mati dan fahaman agama orang ramai. Ianya tidak patut dibuat dakwaan secara sebarangan. Malangnya, ada yang mempercayainya. Kemudian kita dengar pula ada orang yang menghukum orang lain murtad, bahkan pelajar-pelajar sebuah kolej murtad hanya atas berita yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Pada hal –jika benar sekalipun- tuduhan murtad adalah amat berat dalam Islam yang memerlukan penelitian, iqamah al-hujjah (penegakan hujah) yang tidak boleh dijatuhkan secara semberono. Namun ramai yang menelan bulat-bulat semua perkara itu atas nama agama dan perkara itu datang dari orang agama.

Sehingga kepada masalah dosa pahala, di sesetengah negeri, ada golongan agama yang mengambil kesempatan mengenakan berbagai cukai kepada keluarga si mati sehingga ribuan ringgit. Berbagai upacara tanpa kos yang dikaitkan dengan agama dikeluarkan bilnya untuk dicaj kepada keluarga si mati. Sehingga ada yang tersenyum lebar apabila mendengar berita kematian. Bacaan dan solat yang tidak diajar oleh Rasulullah s.a.w pun dimasukkan dalam senarai kos yang perlu ditanggung harganya. Masyarakat tidak berani bertanya; adakah agama begitu kejam sehingga keluarga yang kesusahan yang sepatut ditolong sebaliknya dikenakan caj tambahan?! Atau adakah Islam begitu kebendaan sehingga sesiapa yang mempunyai ongkos yang banyak maka dia dapat menyelesaikan soal dosa dan pahala? Maka, masuk syurgalah segala yang berduit dan mampu mengumpah pahala menerusi ‘wakil-wakil tuhan’ yang mengenakan caj di atas muka bumi ini. Adakah ini menggambarkan keindahan Islam yang menyuruh manusia beramal dan tidak mengharapkan orang lain?

Apa yang ingin saya simpulkan, adalah menjadi hak masyarakat untuk bertanyakan dalil dan alasan kepada setiap yang membicarakan agama ini. Seseorang ustaz atau tok guru bukan wakil tuhan yang ditabalkan seperti rasul sehingga apa yang diucapnya sekalipun tidak berdalil mesti kita mengiakannya. Islam bukan kuasa mutlak makhluk untuk memutuskan apa yang dia suka, sebaliknya agama ini dibina di atas hujah dan dalil. Jika setiap kita ini bertanyakan para ustaz alasan dan hujah bagi setiap pandangan agama yang diberikan, maka kita secara tidak langsung menunaikan prinsip Islam dan meningkat tahap ilmiah golongan itu sendiri. Jangan kita hanya menghafal pandangan-pandangan agama tanpa memikirkannya semula secara hujah dan rasional.

Seorang tokoh pemikir umat semasa , Prof. Muhammad Qutb menyebut: “Dari sudut yang lain, dijumudkan ilmu-ilmu syarak dalam bentuk yang dipelajari sebelum lima kurun lalu - sekurang-kurangnya-. Ditambah dengan masuk ke dalamnya serangan pemikiran Greek dari ilmu kalam yang tidak berguna dan bermanfaat. Lebih dari itu ilmu kalam telah menukarkan pengajian akidah kepada perkara-perkara yang menyusahkan minda lagi tidak berguna dan memayahkan. Mengubah akidah dari inti kandungan yang hidup kepada isu-isu falsafah yang membawa kepada pertengkaran tanpa sebarangan natijah dan tujuan. Lebih daripada itu pelajar-pelajar agama telah bertukar menjadi para penghafal bukan pemikir. Seseorang pelajar kelihatan berilmu hanya dengan kadar apa yang dia hafal daripada teks, syarah dan nota kaki. Namun dia tidak dapat berfikir untuk dirinya dan tidak juga dapat berfikir secara sendiri. Maka para ulama kehilangan keaslian ilmu, jadilah mereka itu golongan taklid yang hanya memetik dari orang lain. Bahkan ditambah lagi keburukan ketiga, iaitu taksub mazhab yang mengenai keseluruhan para pelajar. Setiap orang taksub dengan mazhab yang dia membesar di dalamnya. Dia menjadikan kemuncak jihadnya untuk agamanya, semata-mata untuk membuktikan mazhab dan syeikhnya melebihi mazhab dan syeikh orang lain..”.( Muhammad Qutb, Waqi‘una al-Mu‘asir, m.s. 176).

Sesungguhnya bertaklid buta tidak pernah diajar oleh para imam Ahlil Sunnah wal Jamaah. Bahkan mereka menyuruh setiap insan berusaha membina kemampuan intelektualnya sendiri. Kita dengar apa yang disebut oleh murid agung al-Imam al-Syafi’i, iaitu al-Imam al-Muzani (meninggal 264H): “Aku ringkas ini dari ilmu al-Syafi’i dan apa yang semaksud dengan perkataannya. Untuk memudahkan sesiapa yang inginkannya. Dengan aku memaklumkan bahawa al-Syafi’i melarang bertaklid kepadanya atau selainnya. Tujuan ringkasanku supaya seseorang dapat melihat dan mengetahui ilmu al-Syafi’i, dengan aku memaklumkan kepada sesiapa yang inginkan ilmu al-Syafi’i bahawa al-Syafi’i melarang taklid kepadanya atau selainnya”.( Petikan dari Waliyy ALLAH al-Dahlawi, Al-Insaf fi Bayan Asbab al-Ikhtilaf, m.s. 100).

Jika keadaan ini dapat dibentuk, maka Islam tidak lagi dianggap ekslusif yang hanya diizinkan sesetengah orang memikirkan mengenainya dan yang lain pula mengikut secara taklid buta. Memang kita disuruh menghormati bidang. Namun kita tidak disuruh bertaklid buta. Pembangunan umat tidak akan berjalan selagi tahap para penyampai agama ini tidak ditingkatkan agar menepati keperluan dunia ilmiah yang pesat bersaing pada hari ini. Umat Islam mesti bergerak menyokong arus tajdid (pembaharuan) yang sedang dilakukan sejak dahulu sehingga hari ini.
__________________________
_________________________________________

Source: http://drmaza.com/home/?p=17

ADMIN ♥ LA TAHZAN: http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100001119429615&ref=ts

♥ LA TAHZAN BLOG: http://www.latahzan00.blogspot.com/
___________________________________________________________________

Anda disarankan untuk membaca artikel ini;

Tajuk: "Hukum Memerangi Pemerintah Muslim"

Klik Link: http://drmaza.com/home/?p=1172
___________________________________________________________________

Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;

Klik Link: http://al-fikrah.net/
___________________________________________________________________

Zaman Nabi Nuh a.s merupakan zaman I.T & Sains???



Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.



Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.


Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.


Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN....
tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.
___________________________________________________________________

Source: http://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.html

ADMIN ♥ LA TAHZAN: http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100001119429615&ref=ts

♥ LA TAHZAN BLOG: http://www.latahzan00.blogspot.com/
___________________________________________________________________

Anda disarankan untuk membaca artikel ini;

Tajuk: "Jalan Pulang Ke Pangkuan Tuhan Terlalu Luas"

Klik Link: http://drmaza.com/home/?p=406
___________________________________________________________________

Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;

Klik Link: http://al-fikrah.net/
___________________________________________________________________

Tuesday, June 29, 2010

Antara Syiah Iraq dan Yahudi Palestin...

Iraq vs Palestin

“ Ya Syakira, kami ini orang Arab. Dari tanah Arab. Kami tahu hal yang sebenarnya terjadi.”, jelas Ameerah.

Aku menarik nafas dan menghela perlahan.

Ameerah ialah sahabat yang aku kenal di bumi UIA ini pada bulan Ramadhan tahun lepas. Ada beberapa peristiwa menjurus kepada perkenalan kami di masjid. Dia merupakan pelajar Master dalam jurusan Undang-undang.

Pagi tadi usai kelas Political Science, aku terus pulang ke Mahallah Saffiyah. Cadangnya nak baca Ulum Quran. Esok ada mid term. Berselisih dengan Ameera si pipi merah bermata biru. Salam dihulur. Pipi bertemu.

“I miss you, ukhti. Sudah lama tak berjumpa”, katanya kepadaku. Aku tersenyum membalas.

Lantas kutanyakan kepadanya.

“Sekarang inikan minggu memperingati Al-Quds, Filastin? Kamu tak sertai mereka buka booth?”

“Ooh..saya ada juga dengar tentangnya.” Jawabnya dengan muka bersahaja. Aku jadi hairan melihat reaksinya itu. Sepatutnya dia perlu bersemangat kerana bukankah Palestin adalah negaranya yang perlu dilindungi? Lalu kutanyakan lagi.

“Kamu bukankah orang Palestin?”

“Tidak ya ukhti. Ana min Iraq”

Masya Allah.. Aku jadi terlupa bahawa Ameerah sebenarnya berasal dari Baghdad. Ini mesti aku telah tercampur aduk dengan Sameer, Na’il dan David yang dari Palestin itu. Benar. Ameerah berasal dari Baghad. Lantas cerita-cerita lama tentangnya bermain di fikiranku. Tentang ibunya yang sudah tua tinggal keseorangan di sana. Yang tinggal hanya dia dan adik perempuannya sahaja. Ayah dan saudara-saudara lelakinya telah terbunuh.

“Isu di Iraq lebih besar, Syakira. Lebih besar daripada isu Palestin”

Aku terdiam. Membesarkan mata tanda perlukan penjelasan.

“Puak-puak Syiah membunuh kami orang-orang Sunnah. Mereka bukan membunuh secara biasa, tetapi mereka menyeksa kami dengan seksaan yang dahsyat. Mereka mencungkil mata kami, menggerudi tubuh kami sehingga kami mati.”

Aku beristighfar. Aku keliru. Apakah Syiah ini Muslim?

Semasa semester satu tahun lepas, Syiah ialah tajuk assignment yang aku pilih untuk subjek Introduction to Fiqh. Mungkin 5 buah buku rujukan yang aku baca masih tidak mencukupi untuk aku memahami situasi sebenar. Aku maklum dengan firqah mereka. Zaidiyyah, Ismailiah, Fatimiyah dan lain-lain lagi, serta 12 imam mereka. Aku maklum dengan ajaran-ajaran mereka yang aneh-aneh lagi gharib itu. Rupanya apa yang aku maklum itu hanyalah makluman yang secebis cuma. Rupanya apa yang aku maklum itu hanya serba berdikit sahaja.

“Tidak. Mereka bukan Muslim. Asalnya mereka adalah agama dari Parsi” jawab Ameerah menghilangkan kegusaranku.

“Di hadapan kamu, mereka mengaku mereka Muslim, tetapi pada hakikatnya, mereka ingin menghancurkan Islam. Mereka ingin menghancurkan Al-Quran. Mereka ingin menghancurkan Sunnah. Mereka menolak Nabi Muhammad Sallahu alaihi wa Sallam”, sambungnya lagi dengan penuh semangat.

Aku mendengar penuh teliti.

“Mereka menutup isu ini daripada pengetahuan umum. Dahulunya banyak puak Sunni yang tinggal di Iraq. Tetapi sekarang sudah semakin berkurang kerana mereka membunuh kami setiap hari. Cuba kamu bayangkan kami berjiran dengan Syiah, lalu mereka masuk ke dalam rumah kami dan menyeksa kami sebelum membunuh. Kanak-kanak, orang tua dan semua orang-orang Sunni. Sehinggakan kami sangat takut untuk mengaku kami ini Sunni di hadapan mereka. Hatta sekarang kemudahan air puak Sunni sedang dipotong oleh mereka.”

“Mereka kata Saddam Hussein itu zalim. Sedangkan hak-hak mereka telah Saddam penuhi. Dia memberi kemudahan dan kedudukan kepada mereka. Tapi akhirnya mereka mendakwa Saddam tidak memberikan mereka hak apa pun. Saddam berpemikiran tentera. Walaupun dia tidak begitu Islamic tetapi dia tetap golongan Sunni.”

“Ramai orang tak tahu, Syakira.”

“Apabila keadaaan sudah jadi begini, tiada siapakah yang datang membantu kamu, Ameerah?”, tanyaku.

Perbualan kami menjadi semakin panjang. Campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab melancarkan perpincangan. Berbincang di tengah panas mentari pagi pada jam 1015 di hadapan pondok pengawal Mahallah Saffiyyah, tidaklah sepanas hati Ameerah menceritakan segala kekejaman Syiah kepadaku.

“Tiada siapa datang membantu. Ini semua hanya permainan politik. Mereka Syiah bekerjasama dengan US. Malah Tanah Arab di sekitarnya turut berkerjasama dengan US. Mereka tidak bisa berkata apa-apa”, jawabnya sambil tersenyum.

Senyumannya yang kurasakan hanya untuk menyembunyikan perasaannya sebenar. Kagum. Aku kagum melihat dia yang masih mampu tersenyum. Jika aku di tempatnya mungkin sudah basah kain kerudungku menyapu air mata. Apatah lagi mengenang ibunya yang keseorangan di Baghdad.

“Di Palestin situasinya berbeza. Mereka mendapat simpati dari seluruh dunia. Kerajaan Arab di sekitar datang membantu mereka. Orang-orang Yahudi membunuh hanya segolongan daripada mereka sahaja. Golongan mujahidin yang mempertahankan Al-Aqsa sahaja dibunuh, serta ahli keluarga mereka yang terlibat dihalau dari tanah mereka. Sesetengahnya tidak dibunuh tapi hanya dihalau. Sekiranya dibunuh, mereka akan dibunuh dengan senang menggunakan senapang dengan tembakan sahaja. Tetapi kami? Mereka menyeksa, mencungkil biji mata kami hidup-hidup. Seksaan Yahudi itu lebih ringan jika dibandingkan dengan apa yang Syiah lakukan. Apa yang Yahudi mahukan hanyalah tanah Palestin dan tapak Haikal di Al-Aqsa”, terangnya.

Aku perhatikan betul-betul butir bicaranya.
.
“Tetapi situasi kami di Iraq sangat-sangat genting. Mereka membunuh SEMUA orang Sunni. Mereka mahu menghapuskan Sunni dari tanah Iraq. Ketahuilah Syakira, apabila mereka sudah selesai di Iraq, mereka pasti akan beralih ke negeri lain pula.”

“Jadi saya ingin tanyakan kepada kamu, Syakira. Yang mana satu perkara yang lebih berbahaya antara dua keadaan ini? Palestin atau keselamatan Islam dan Sunni di Iraq? Ya Syakira, kamu foreigners. Mungkin kamu tidak tahu. Kami ini orang Arab. Dari tanah Arab. Kami tahu hal yang sebenarnya terjadi.”, jelas Ameera.

“Jika kamu tanyakan kepada orang Palestin bagaimana kehidupan mereka sekarang, mereka pasti akan mejawab, “kami hidup dengan tenang”..”

Dalam perkara ini mungkin ada benarnya juga. Aku sudahpun singgah di booth Palestin dan bertanya keadaan Palestin sekarang. Mereka menjawab 50% 50%.

Sambung Ameerah lagi. “ gambar-gambar kekejaman yang mereka tunjuk itu adalah gambar-gambar lama. Lihatlah pada tarikhnya. Sekarang ianya sudah tiada lagi. Saya hairan dengan orang Palestin yang mempromosikan hal ini. Mereka kata mereka bersedih. Tetapi jika ditanya, adakah mereka berjuang menentang Yahudi? Mereka menjawab tidak. Akan tetapi, jika kamu tanya mereka tentang Iraq, mereka tidak tahu. Cuba kamu tanyakan mereka tentang gambar-gambar kekejaman yang berlaku sekarang. Mereka tidak ada.” Terangnya panjang lebar.

Sekali lagi mungkin ada benarnya juga kata-kata Ameerah ini. Aku pernah bersembang dengan beberapa brothers Palestin. Aku tanyakan adakah mereka berperang dengan Yahudi? Mereka katakan tidak. Mereka punyai anggota mujahidin tersendiri. Entah lah. Aku pun tak pasti.

Aku teringin benar mahu melihat gambar-gambar kekejaman Syiah di Iraq. Walaupun akau tahu aku tidak sanggup, mungkin menjeling sikit-sikit boleh lah.

“Saya ada gambarnya dalam laptop saya. Suatu hari nanti saya akan tunjukkan pada kamu. Syakira, apa yang saya ceritakan ini bukannya mahu menagih simpati atau belas kasihan orang ramai. Tetapi saya berharap benar agar orang ramai akan tahu situasi yang menggugat Islam sedang berlaku.”, ujarnya mengakhiri kalam.

Masa berlalu tak kusedari. Sudah sejam kami berdiri berbual. Ameerah terpaksa mengundur diri kerana sudah berjanji dengan rakannya untuk berbincang subjek Malaysian Civil Law di library. Kalau diikutkan mahu sahaja aku memanjangkan bicara. Mungkin lain kali kami berjumpa lagi, apatah lagi aku sudah berjanji untuk ke biliknya dalam minggu ini untuk melihat gambar.

Huhu. Tersilap maklumat pula aku khabarkan pada Ameerah bahawa pada hari Sabtu ini,23 Ogos, ada seminar Syiah dan Khawarij di Taman Sri Ukay. Rupa-rupanya tersilap tarikh. Seminar itu pada 20 September nanti. Ini mesti aku dah terpening dengan pengumuman Abg Syarief semalam ketika di penghujung kuliyyah Ustaz Fadlan, yang menyebut banyak sangat program.

Kesimpulannya...

Anda simpul lah sendiri. Aku terkedu dan terharu mendengar cerita ini. Tidak tahu apa yang harus dikatakan melainkan berdoa agar mereka dilindungi oleh Allah SWT. Kedua-dua isu Iraq dan Palestin tak boleh diketepikan. Prioriti?

Kita yang berada jauh daripada kedua-dua mereka patut menyokong apa-apa perjuangan mereka menyelamatkan Islam. Dalam hal ini, Ameerah mungkin berasa negaranya disisihkan daripada pengetahuan umum, jadi dia terasa sedikit dengan orang Palestin..

Really nice to meet her.

Wallahu a’lamu bis sowaab..



*Sumber-sumber untuk anda kenali siapakah SYIAH dan konspirasi jahat mereka dengan Amerika, Israel

www.tenteradajjal.blogspot
.com
www.darulkautsar.net
___________________________________________________________________

Source: http://tomatosyakira.blogspot.com/

♥ LA TAHZAN BLOG: http://www.latahzan00.blogspot.com/
___________________________________________________________________

Anda disarankan untuk membaca artikel ini;

Tajuk: "MENGEKANG BAHAYA SYIAH"

Klik Link: http://bahayairan.wordpress.com/
___________________________________________________________________

Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;

Klik Link: http://al-fikrah.net/
___________________________________________________________________

Cara mendidik anak

Cara mendidik anak



15 Feb 2006
Syeikh Muhammad Soleh Uthaimin

Cara mendidik anak Syeikh Muhammad Soleh Uthaimin Apabila telah tampak tanda-tanda tamyiz pada seorang anak, maka selayaknya dia mendapatkan perhatian sesrius dan pengawasan yang cukup. Sesungguhnya hatinya bagaikan bening mutiara yang siap menerima segala sesuatu yang mewarnainya. Jika dibiasakan dengan hal- hal yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan, sehingga orang tua dan pendidiknya ikut serta memperoleh pahala. Sebaliknya, jika ia dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan tumbuh dengan keburukan itu. Maka orang tua dan pedidiknya juga ikut memikul dosa karenanya.

Oleh karena itu, tidak selayaknya orang tua dan pendidik melalaikan tanggung jawab yang besar ini dengan melalaikan pendidikan yang baik dan penanaman adab yang baik terhadapnya sebagai bagian dari haknya. Di antara adab-adab dan kiat dalam mendidik anak adalah sebagai berikut:

1. Hendaknya anak dididik agar makan dengan tangan kanan, membaca basmalah, memulai dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya (yang lebih tua, red). Kemudian cegahlah ia dari memandangi makanan dan orang yang sedang makan.

2. Perintahkan ia agar tidak tergesa-gesa dalam makan. Hendaknya mengunyahnya dengan baik dan jangan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis yang di mulut. Suruh ia agar berhati-hati dan jangan sampai mengotori pakaian.

3. Hendaknya dilatih untuk tidak bermewah-mewah dalam makan (harus pakai lauk ikan, daging dan lain-lain) supaya tidak menimbulkan kesan bahwa makan harus dengannya. Juga diajari agar tidak terlalu banyak makan dan memberi pujian kepada anak yang demikian. Hal ini untuk mencegah dari kebiasaan buruk, yaitu hanya memen-tingkan perut saja.

4. Ditanamkan kepadanya agar mendahulukan orang lain dalam hal makanan dan dilatih dengan makanan sederhana, sehingga tidak terlalu cinta dengan yang enak-enak yang pada akhirnya akan sulit bagi dia melepaskannya.

5. Sangat disukai jika ia memakai pakaian berwarna putih, bukan warna-warni dan bukan dari sutera. Dan ditegaskan bahwa sutera itu hanya untuk kaum wanita.

6. Jika ada anak laki-laki lain memakai sutera, maka hendaknya mengingkarinya. Demikian juga jika dia isbal (menjulurkan pakaiannya hingga melebihi mata kaki). Jangan sampai mereka terbiasa dengan hal- hal ini.

7. Selayaknya anak dijaga dari bergaul dengan anak-anak yang biasa bermegah-megahan dan bersikap angkuh. Jika hal ini dibiarkan maka bisa jadi ketika dewasa ia akan berakhlak demikian. Pergaulan yang jelek akan berpengaruh bagi anak. Bisa jadi setelah dewasa ia memiliki akhlak buruk, seperti: Suka berdusta, mengadu domba, keras kepala, merasa hebat dan lain-lain, sebagai akibat pergaulan yang salah di masa kecilnya. Yang demikian ini, dapat dicegah dengan memberikan pendidikan adab yang baik sedini mungkin kepada mereka.

8. Harus ditanamkan rasa cinta untuk membaca al Qur'an dan buku- buku, terutama di perpustakaan. Membaca al Qur'an dengan tafsirnya, hadits-hadits Nabi n dan juga pelajaran fikih dan lain-lain. Dia juga harus dibiasakan menghafal nasihat-nasihat yang baik, sejarah orang-orang shalih dan kaum zuhud, mengasah jiwanya agar senantiasa mencintai dan menela-dani mereka. Dia juga harus diberitahu tentang buku dan faham Asy'ariyah, Mu'tazilah, Rafidhah dan juga kelompok-kelompok bid'ah lainnya agar tidak terjerumus ke dalamnya. Demikian pula aliran-aliran sesat yang banyak ber-kembang di daerah sekitar, sesuai dengan tingkat kemampuan anak.

9. Dia harus dijauhkan dari syair-syair cinta gombal dan hanya sekedar menuruti hawa nafsu, karena hal ini dapat merusak hati dan jiwa.

10. Biasakan ia untuk menulis indah (khath) dan mengahafal syair- syair tentang kezuhudan dan akhlak mulia. Itu semua menunjukkan kesempurnaan sifat dan merupakan hiasan yang indah.

11. Jika anak melakukan perbuatan terpuji dan akhlak mulia jangan segan-segan memujinya atau memberi penghargaan yang dapat membahagia- kannya. Jika suatu kali melakukan kesalahan, hendaknya jangan disebar-kan di hadapan orang lain sambil dinasihati bahwa apa yang dilakukannya tidak baik.

12. Jika ia mengulangi perbuatan buruk itu, maka hendaknya dimarahi di tempat yang terpisah dan tunjukkan tingkat kesalahannya. Katakan kepadanya jika terus melakukan itu, maka orang-orang akan membenci dan meremehkannya. Namun jangan terlalu sering atau mudah memarahi, sebab yang demikian akan menjadikannya kebal dan tidak terpengaruh lagi dengan kemarahan.

13. Seorang ayah hendaknya menjaga kewibawaan dalam ber-komunikasi dengan anak. Jangan menjelek-jelekkan atau bicara kasar, kecuali pada saat tertentu. Sedangkan seorang ibu hendaknya menciptakan perasaan hormat dan segan terhadap ayah dan memperingatkan anak-anak bahwa jika berbuat buruk maka akan mendapat ancaman dan kemarahan dari ayah.

14. Hendaknya dicegah dari tidur di siang hari karena menyebabkan rasa malas (kecuali benar-benar perlu). Sebaliknya, di malam hari jika sudah ingin tidur, maka biarkan ia tidur (jangan paksakan dengan aktivitas tertentu, red) sebab dapat menimbulkan kebosanan dan melemahnya kondisi badan.

15. Jangan sediakan untuknya tempat tidur yang mewah dan empuk karena mengakibatkan badan menjadi terlena dan hanyut dalam kenikmatan. Ini dapat mengakibatkan sendi-sendi menjadi kaku karena terlalu lama tidur dan kurang gerak.

16. Jangan dibiasakan melakukan sesuatu dengan sembunyi-sembunyi, sebab ketika ia melakukannya, tidak lain karena adanya keyakinan bahwa itu tidak baik.

17. Biasakan agar anak melakukan olah raga atau gerak badan di waktu pagi agar tidak timbul rasa malas. Jika memiliki ketrampilan memanah (atau menembak, red), menunggang kuda, berenang, maka tidak mengapa menyi-bukkan diri dengan kegiatan itu.

18. Jangan biarkan anak terbiasa melotot, tergesa-gesa dan bertolak (berkacak) pinggang seperti perbuatan orang yang membangggakan diri.

19. Melarangnya dari membangga-kan apa yang dimiliki orang tuanya, pakaian atau makanannya di hadapan teman sepermainan. Biasakan ia ber-sikap tawadhu', lemah lembut dan menghormati temannya.

20. Tumbuhkan pada anak (terutama laki-laki) agar tidak terlalu mencintai emas dan perak serta tamak terhadap keduanya. Tanamkan rasa takut akan bahaya mencintai emas dan perak secara berlebihan, melebihi rasa takut terhadap ular atau kalajengking.

21. Cegahlah ia dari mengambil sesuatu milik temannya, baik dari keluarga terpandang (kaya), sebab itu merupakan cela, kehinaan dan menurunkan wibawa, maupun dari yang fakir, sebab itu adalah sikap tamak atau rakus. Sebaliknya, ajarkan ia untuk memberi karena itu adalah perbuatan mulia dan terhormat.

22. Jauhkan dia dari kebiasaan meludah di tengah majlis atau tempat umum, membuang ingus ketika ada orang lain, membelakangi sesama muslim dan banyak menguap.

23. Ajari ia duduk di lantai dengan bertekuk lutut atau dengan menegakkan kaki kanan dan menghamparkan yang kiri atau duduk dengan memeluk kedua punggung kaki dengan posisi kedua lutut tegak. Demikian cara-cara duduk yang dicontohkan oleh Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam.

24. Mencegahnya dari banyak berbicara, kecuali yang bermanfaat atau dzikir kepada Allah.

25. Cegahlah anak dari banyak bersumpah, baik sumpahnya benar atau dusta agar hal tersebut tidak menjadi kebiasaan.

26. Dia juga harus dicegah dari perkataan keji dan sia-sia seperti melaknat atau mencaci maki. Juga dicegah dari bergaul dengan orang- orang yang suka melakukan hal itu.

27. Anjurkanlah ia untuk memiliki jiwa pemberani dan sabar dalam kondisi sulit. Pujilah ia jika bersikap demikian, sebab pujian akan mendorongnya untuk membiasakan hal tersebut.

28. Sebaiknya anak diberi mainan atau hiburan yang positif untuk melepaskan kepenatan atau refreshing, setelah selesai belajar, membaca di perpustakaan atau melakukan kegiatan lain.

29. Jika anak telah mencapai usia tujuh tahun maka harus diperintahkan untuk shalat dan jangan sampai dibiarkan meninggalkan bersuci (wudhu) sebelumnya. Cegahlah ia dari berdusta dan berkhianat. Dan jika telah baligh, maka bebankan kepadanya perintah- perintah.

30. Biasakan anak-anak untuk bersikap taat kepada orang tua, guru, pengajar (ustadz) dan secara umum kepada yang usianya lebih tua. Ajarkan agar memandang mereka dengan penuh hormat. Dan sebisa mungkin dicegah dari bermain-main di sisi mereka (mengganggu mereka).

31. Demikian adab-adab yang berkaitan dengan pendidikan anak di masa tamyiz hingga masa-masa menjelang baligh. Uraian di atas adalah ditujukan bagi pendidikan anak laki-laki. Walau demikian, banyak di antara beberapa hal di atas, yang juga dapat diterapkan bagi pendidikan anak perempuan.

Wallahu a'lam.

Dari mathwiyat Darul Qasim "tsalasun wasilah li ta'dib al abna''" asy Syaikh Muhammad bin shalih al Utsaimin rahimahullah .

Diterjemahkan oleh, Ubaidillah Masyhadi http://mifty-away.tripod.com/id44.html
_________________________________________

Source: http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=5&action=view

♥ LA TAHZAN BLOG: http://www.latahzan00.blogspot.com/
___________________________________________________________________

Anda disarankan untuk membaca artikel ini;

Tajuk: "Lihatlah ke Bawah!"

Klik Link: http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=418&action=view
___________________________________________________________________

Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;

Klik Link: http://al-fikrah.net/
___________________________________________________________________