WAHHABI

Bid'ah Lebih Disukai Iblis Daripada Maksiat!.

Showing posts with label Salah Faham. Show all posts
Showing posts with label Salah Faham. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Pandangan Ahlul Bait Terhadap Syi’ah 1








Terjemahan

Pandangan Ahlul Bait Terhadap Syi`ah 2

Penghujahan Fatimah as-Sughra[1] a.s. kepada penduduk Kufah[2]

Daripada Zaid bin Musa bin Ja’far daripada ayahnya daripada datuknya a.s. katanya: Fatimah as-Sughra a.s. telah berkhutbah sekembalinya dari Karbala dengan berkata:

(Selepas mengemukakan mukaddimah khutbah) beliau berkata:

“Adapun selepas dari itu, wahai penduduk Kufah! Wahai pembelot dan pengkhianat! Sesungguhnya kami adalah Ahlul Bait. Allah ta'ala telah menguji kami dengan kamu dan menguji kamu dengan kami. Lalu Allah menjadikan ujian kepada kami sebagai satu kebaikan dan memberikan ilmu-Nya kepada kami dan memberikan kefahaman kepada kami. Kami adalah tempat simpanan ilmu-Nya, khazanah kefahaman-Nya dan kebijaksanaan-Nya dan hujah-Nya di muka bumi kepada hamba-hamba-Nya. Allah telah memuliakan kami dengan kemuliaan-Nya dan mengutamakan kami dengan Nabi-Nya s.a.w.a. melebihi sekalian makhluk-Nya. Lalu kamu mendustakan kami, engkar terhadap kami dan kamu berpendapat bahawa membunuh kami adalah halal dan harta kami adalah barang rampasan (untuk kamu) seolah-olah kami adalah anak-anak yang ditinggalkan atau tawanan sebagaimana kamu telah membunuh datuk kami (Ali) kelmarin. Pedang-pedang kamu sentiasa menitiskan darah-darah kami Ahlul Bait kerana dendam yang lalu. Mata-mata kamu menjadi sejuk dan hati-hati kamu gembira dengannya (perbuatan tersebut) kerana keberanian kamu terhadap Allah dan tipu daya yang kamu lakukan dan Allah sebaik-baik yang membalas tipu daya. Janganlah hati-hati kamu mendorong kamu untuk bergembira dengan darah-darah kami yang telah kamu tumpahkan dan harta-harta kami yang telah kamu ambil. Kerana segala musibah-musibah dahsyat dan bencana besar yang menimpa kami telah ditentukan sebelum kami menjadikannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah terlepas daripada kamu dan tidak pula bergembira (kerana sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur serta membanggakan diri.

Binasalah kamu! Tunggulah la’nat dan azab yang pasti akan menimpa kamu, azab-azab disebabkan perbuatan kamu akan membinasakan kamu secara berterusan daripada langit dan sebahagian kamu akan merasai azab sebahagian yang lain. Kemudian kamu akan kekal di dalam azab yang pedih pada hari kiamat disebabkan kezaliman yang kamu lakukan terhadap kami. Ketahuilah sesungguhnya la’nat Allah ke atas orang yang melakukan kezaliman.

Kecelakaan ke atas kamu! Apakah kamu mengetahui tangan manakah dari kalangan kamu yang telah menikam kami atau jiwa manakah yang bercita-cita untuk membunuh kami atau kaki manakah yang telah berjalan kearah kami kerana mahu memerangi kami? Telah keraslah perasaan kamu, kasar jiwa-jiwa kamu, telah dicop atas hati-hati kamu, dimeterai pendengaran dan penglihatan kamu dan syaitan telah memperdayakan kamu, memanjangkan angan-angan kamu serta menutup mata hati kamu sehingga kamu tidak mendapat petunjuk.

Kecelakaan ke atas kamu wahai penduduk Kufah! Sudah berapa ramai warisan Rasulullah s.a.w.a. yang diperolehi oleh kamu dan dendam terhadapnya di sisi kamu. Kemudian kamu mengkhianati saudaranya Ali bin Abi Thalib a.s. datukku dan anaknya keturunan Nabi yang suci lagi terpilih.
(Rujukan: Ahmad bin Ali bin Abi Talib at-Thabarsi al-Ihtijaj jil. 2 hal. 302, 303)

Kesimpulan:

  1. Ahlul Bait iaitu Fatimah as-Sughra tidak mempercayai golongan yang mendakwa pengikutnya iaitu Syi’ah dengan mengatakan mereka adalah golongan pembelot dan pembunuh keluarganya.
  2. Syi’ah adalah pembunuh Ahlul Bait berdasarkan pengakuan Ahlul Bait sendiri di dalam kitab-kitab Syi’ah sendiri.
  3. Penganut Syi’ah telah ditimpa kehinaan kerana doa Ahlul Bait ke atas mereka dan kerana itulah mereka melakukan amalan-amalan yang langsung tidak bersesuaian dengan akal dan fitrah yang suci seperti amalan menyiksa diri pada hari Asyura, melakukan seks bebas atas nama mut’ah dan sebagainya.


[1] Anak kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib r.a.
[2] Yang dimaksudkan dengan penduduk Kufah bila disebutkan secara mutlak ialah golongan Syi’ah.

http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3146

Saturday, July 3, 2010

Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama

*Artikel ini panjang, bagi yang ingin membacanya, pastikan anda membacanya sehingga habis, sebelum like atau comment, pastikan anda sudah habis membacanya, yang tidak ingin membacanya, no problem =).



Kejahilan masyarakat dan kelalaian Ulama’ adalah di antara faktor mengapa berlakunya kesalahan (bertentangan dengan kehendak syariat) dalam memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir. Adalah amat menyedihkan perkara ini tidak begitu dipedulikan seolah-olah kesalahan tersebut tidak begitu penting walhal Nabi s.a.w. amat menitikberatkan hal ini dengan mengubah nama sahabat-sahabat yang tidak elok atau tidak sesuai. Di antara kesalahan dalam memberi nama yang dikenalpasti di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia adalah:



1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang sering digunakan :



* Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan)
* Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
* `Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat)
* Wati (Persetubuhan)
* Azli (Celaanku), Azlan (Celaan)



2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:

* Azali
* Muhaimin



3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:

* Suyuti (Orang Asyut)
* Bukhari (Orang Bukhara)
* Ghazali (Orang Ghazal)
* Nawawi (Orang Nawa)
* Misri atau Masri (Orang Mesir)
* Baihaqi (Orang Baihaq)
* Tirmizi (Orang Tirmiz)



4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.





5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini.



6. Nama yang mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab



7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:

* Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf)
* Ghulam `Ali (Hamba `Ali)



8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan, seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki)



9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:

* Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini.
* Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w.



10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab, contohnya:

* Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut
* Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia.



11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:

* Zaleha – sepatutnya Zulaikha



12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:

* ‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan.
* Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya.



13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:

* Muti`ah (yang taat)



14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:



* Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)



15. Nama yang terpengaruh dengan budaya barat, contohnya:

* Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
* Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)



16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:

* Syamsul Bahri (matahari lautan)
* Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
* Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)
* Rafidhi (Syiah pelampau)
* Atan (keldai betina)
* Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
* Jamalullail (keindahan malam)



Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:

* Zainab - makna baik : nama bagi sejenis pokok yang wangi

- makna buruk : pengecut

* Mu`awiyah - makna baik : pembela / pejuang

- makna buruk : yang menyalak



17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’.



Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:

* Fairuz
* Sirin (manis –bahasa Farsi)
* Rustam
* Sarfaraz (mulia)
* Sibawaih (wangian epal)



18. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:

* Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
* Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari
* Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama)
* Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa)
* Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’



19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku)



Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain



20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.

Ya mutakallim adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:

* Syukri (Kesyukuranku)
* Fathi (Kemenanganku)

Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya:

* Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
* Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
* Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri



Nota:

Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:

نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur.



Selain itu terdapat ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam bab jenis-jenis ilmu.



Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan:



* Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut.



Jabatan Pendaftaran membenarkan penama yang ingin menukar nama yang tidak sesuai kepada nama yang menepati syariat.



* Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama.



Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`:



* Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata.



* Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata.



21. Tidak boleh menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:

لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ


(Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! [ Al-Ghafir :16 ]



dan ayat:

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ


Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. [ Al-Hasyr: 23 ]



22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti:



* Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah



* Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s



Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya.
__________________________
_________________________________________

Source: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2527

ADMIN ♥ LA TAHZAN: http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100001119429615&ref=ts

♥ LA TAHZAN BLOG: http://www.latahzan00.blogspot.com/
___________________________________________________________________

Anda disarankan untuk membaca artikel ini;

Tajuk: "Tertidur Sehingga Sembahyang Tertinggal"

Klik Link: http://www.darulkautsar.net/1766-Tertidur_Sehingga_Sembahyang_Tertinggal.html
___________________________________________________________________

Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;

Klik Link: http://al-fikrah.net/
___________________________________________________________________

Thursday, July 1, 2010

Malam Jumaat...mesti baca Yassin? hmmm...



Antara persoalan yang ditimbulkan berhubung dengan bacaan yasin pada malam jumaat -apakah ia pernah dilakukan pada zaman Nabi SAW dan para sahabat ,atau sesuatu yang tidak pernah berlaku pada zaman mereka.

Terlebih dahulu saya katakan sesungguhnya yasin adalah salah satu daripada surah-surah al-Quran.Al-Quran boleh dibaca pada apa -apa malam dan pada apa-apa ketika sahaja selagi keadaan pembacaan dan tempat pembacaan itu tidak menyanggahi syara'k.Bukan sahaja surah yasin ,surah apa-apa sahaja boleh dibaca pada malam Jumaat,malam Sabtu,malam Ahad,malam apa-apa sahaja.Itu tidak menjadi kesalahan.Namun keadaan berbeza apabila seseorang beriktiqad bahawasanya Yasin mestilah dibaca pada malam Jumaat ,aatu mempercayai bahawa membaca Yasin pada mlam Jumaat mempunyai khasiat atau kelebihan tertentu.

Jika soalannya apakah membaca Yasin pada malam Jumaat disuruh agama dengan kelebihan-kelebihan tertentu,atau dijamin dengan kelebihan dan pahala tertentu,maka saya katakan bahawasanya disana tidak ada satu pun hadis Nabi yang khusus bacaan Yasin pada malam jumaat.Bahkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ,baginda nabi SAW menyebut, La takhtassu lailatal Jumu'ah bi-qiyaamin in baini layaali-"janganlah kamu khaskan malam Jumaat itu dengan satu solat yang tidak ada pada malam-malam lain.

Demikianlah,solat sendiri pun tidak ada solat khas pada malam Jumaat.demikian juga tidak ada bacaan khas pada malam Jumaat,melainkan apa yang diriwayatkan oleh al-hakim dan imam Baihaqi,dan hadis ini disohihkan oleh para ulamak hadis.baginda menyebut, man qara-a suuratul kahfi sato'a lahum nuuurun min tahta qdamiyi ila'anaamis samaa'-Sesiapa membaca suratul kahfi maka terpancar cahaya dari tapak kakinya sehinggalah ke langit."


Ini surah kahfi,pada malam Jumaat.Sesiapa yang membaca surah kahfi pada hari Jumaat,maka dijanjikan pahala yang sebegini.Namun untuk surah Yasin tidak ada pengkhususan demikian .Oleh itu sesiapa yang ingin membaca yasin pada malam jumaat atau pun selain daripadanya,hendaklah dia tidak mengiringnya dengan apa-aap iktiqad,dan tidak boleh mempercayai bahawasanya yasin mesti dibaca pada malam jumaat.Dia boleh membaca yasin pada malam jumaat ,dia boleh membaca yasin pada malam sabtu,dia boleh membaca yasin pada malam ahad,dia boleh membaca yasin pada siang dan malamnya-tidak ada sebarang perbezaan.

Meletakkan kifiyat ataupun fadhilat ,sedangkan ia tidak ada dalamhadis nabi adalah suatu dakwaan terhadap agama dengan sesuatu yang tidak ada dalil,iaitu mendakwa seolah-olah Allah SWT menjamin satu pahala ,sedangkan Nabi SAW dan Allah SWT sendiri tidak pernah menyatakannya.Sesungguhnya
dalam masalah agama atau membuat tambahan dan rekaan sesuatu yang tidak pernah ada atau tidak pernah dinyatakan oleh Rasullullah.

Seorang lelaki datang kepada Imam Malik bin Anas,(seperti yang disebut oleh Imam Syatibi dalam kitabnya al-I'tisaam)dia berkata ,:wahai Abu Abdillah ,dimanakah aku patut memulakan ihram untuk haji dan umrah?"Imam Malik menjawab,"Engkau mula di Zu Hulaifah,tempat Rasullullah SAW memulakannya."Kata lelaki itu,"Aku ingin berihram dari amsjid (iaitu masjid nabi).Kata imam malik,"Jangan."Kata lelaki itu"Aku ingin berihram bemula daripada kubur Nabi SAW ."kata Imam Malik,"Jangan ,aku bimbang ditimpa kepadamu fitnah.

Kata Lelaki itu,wahai imam,apa fitnah?Ia adalah penambahan kepada jarak sahaja.yang aku tambah.yakni dengan aku menambahkan pahala Walau bagaimanapun aku tetap berihram dan akan melalui Zu Hulaifah .tempat masjid Nabi ataupun kubur Nabi sesuatu yang baik apa salahnya."

Dengarlah jawapan imam Malik dalam masalah ini.Katanya,"Apa kah lagi fitnah yang lebih besar apabila engkau menganggap dirimu mendahului satu kelebihan yang mana Rasullullah telah menguranginya.Maksudnya apabila engkau merasakan engkau menambah suatu perkara dalam agamayang engkau mendapat pahala sedangkan Nabi tidak pernah melakukannya.seoalh-olah engkau menyaingi dan mendahului baginda SAW ,sedangkan aku mendengar Allah SWT berfirman,maksudnya:maka jaga-jagalah orang-orang yang menyanggahi arahan Rasul,jangan sampai ditimpa kepada mereka fitnah,dan ditimpakan mereka azab yang pedih.

Menentukan hari tertentu dengan bacaan tertentu ,cara tertentu memerlukan dalil daripada al-Quran atau Sunnah Nabi SAW.Meletakkan khasiat,kelebihan atau fadhilat dengan bacaan tertentu.ataupun meletakkan jaminan pahala apa yang tidak pernah dijamin oleh Allah SWT dan RasulNya ialah dakwaan agama.,dan terhadap Allah dan Rasul,janji ynag dibuat kepada seseorang sedangkan janji ini tidak ada sesiapa yang berhak melakukannya melainkan manusia yang diturunkan wahyu,iaitu Rasullullah SAW.

Merujuk kembali kepada soalan yang dikemukakan-apakah bacaan yasin dikhususkan pada malam jumaat -saya menyatakan ia tidak di khususkan pada malam jumaat ,bahkan tidak patut seseorang beriktiqad mesti malam jumaat.

Dukacita sebahagian tempat mereka begitu terikat dengan perkara ini.kadangkala kita dijemput untuk berceramh atau memberi kuliah disesuatu tempat,kalau kita ingin hadir pada malam jumaat mereka tidak membenarkan.

Kata mereka "tidk boleh,kerana malam ini bacaan yasin."kita kaatkan."tukar kepada malam esok bacaan yasin ,kerana saya ada ruang pada malam ini."Dia kata ,"tak boleh,malam esok orang tak boleh baca yasin."

Ia sudah menjadi suatu iktiqad.Inilah ancaman ataupun bahaya apabila kita mengaitkan sesuatu sedangkan ia tidak mempunyai dalil.Dan siapalah yang akan bertanggungjawab di akhirat esok atas dakwaan-dakwaan yang dikemukakan ini.Saya nasihatkan kepada kita semua: berhati-hati dalam mendakwa sesuatu untuk disandarkan kepada agama.Maka sesiapa yang ingin membaca yasin dia boleh meneruskannya ,kerana ia surah daripada al-quran tetapi hendaklah di tidak mengkhususkannya pada malam-malam tertentu sahaja.

Berikutnya kita juga perlu nasihatkan oarng ramai -sesungguhnya al-Quran bukan sahaja Yasin.Sesetengah orang melayu seakan-akan tidak ada bagi mereka Quran melainkan Yasin .Sedangkan Al-quran begitu luas.Banyak lagi surah yang patut mereka baca.seperti hari Jumaat dalam hadis tidak diperuntukkan yasin tetapi diperutukkan surah al-kahfi.sepatutnyamereka membaca surah al-kahfi ,kerana nabi menjamin diampun orang yang membaca surah al-kahfi diantara dua jumaat.Maka kalau dia membaca surah al-kahfi ,itu ada di dalam hadis Nabi SAW.

Memperuntukkan yang seperti ini ,sehingga sebahagian orang melayu membaca yasin tanpa mengambil faedah dan kefahaman daripadanya .Ramai daripada orang kita ,dukacita dinyatakan ,disampingkita menghormati hasrat baik mereka usaha mereka dan niat baik mereka,tetapi kita menasihati mereka juga.Ramai yang membaa yasin sudah puluhan tahun,barangkali sudah 30 atau 40 tahun tetapi kalau kita Tanya apa makna yang terkandung dalam surahyasin,apakah pengajaran Allah yang terkandung dalam surah yasin,apakah yang Allah minta daripada tuntuntan berpegang kepada agama. Daripada tuntutan untuk mengingati kebesaran Allah ,mereka tidak mengingatinya.Bahkan sebahagian mereka mementingkan"Air Yasin " lebih daripada mementingkan ayat yasin sendiri.

Maka marilah kita mengubah sikap dan pandangan kita terhadap surah-surah al-quran,supaya kita dapat melihat al-Quran dengan dengan syumul dan lengkap keseluruhanya seakli.tidak tertumpu hanya kepada surah-surah tertentu sahaja.

(oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin)
___________________________________________________________________

Source:http://www.al-wahidah.com/artikel/yasin2.html

ADMIN ♥ LA TAHZAN: http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100001119429615&ref=ts

♥ LA TAHZAN BLOG: http://www.latahzan00.blogspot.com/
___________________________________________________________________

Anda disarankan untuk membaca artikel ini;

Tajuk: "Wahai Syiah, Kita Boleh Bersatu! "

Klik Link: http://tomatosyakira.blogspot.com/2010/04/wahai-syiah-kita-boleh-bersatu.html
___________________________________________________________________

Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;

Klik Link: http://al-fikrah.net/
___________________________________________________________________

Sunday, June 27, 2010

Misteri Wahhabi Di Malaysia....



Misteri Wahhabi Di Malaysia

Disiarkan pada Nov 09, 2009 dalam kategori Akidah |

(Artikel lama, dicadangkan untuk bacaan)



Perkataan ‘wahhabi’ dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak ‘western influence’. Clinton Bennet memasukkan ‘wahhabis’ dan deobandis dibawah kelompok ‘traditionalists’ yang bererti sekaligus berada di bawah aliran ‘fundamentalist’ (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum).




Sebahagian penulisan Barat melihat wahhabi sebagai aliran yang menganggap ‘hanya Islam agama yang benar’, wajib menegakkan ‘Islamic State’, adanya ‘jihad’ menentang kuffar dan lain-lain ciri-ciri yang dianggap unsur ‘padang pasir’ sekaligus cuba dikaitkan dengan terrorism.

Di Malaysia pula, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham. Bagi mereka, itu adalah senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik. Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: “siapa tak setuju dengan saya dia wahhabi”. Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: “apa itu wahhabi?”. Jawab tok imam: “Siapa yang mengkritik ustaz dia wahhabi”. Maka tidaklah berani lagi ‘penasihat’ itu berbeza pandangan dengan ‘tok imam’ dan mempertikaikan ‘infallibility’ ustaz, takut jadi wahhabi.


- Gambar Hiasan

Di sesetengah tempat seseorang dituduh wahhabi kerana menentang amalan-amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat. Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar ‘ustaz’, bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka ‘sang ustaz’ itu dengan mudahnya akan menyebut: ‘awak wahhabi’.


- Gambar Hiasan

Sama juga, mereka yang tidak bersetuju dengan kenduri arwah dituduh wahhabi. Padahal kitab melayu lama Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”. Jika pun mereka tidak dapat menerima bahan mereka sendir, mengapa mereka merasa diri infallible, dan mengharamkan orang lain berbeza dengan mereka dengan menggunakan senjata ‘awak wahhabi’.

Sesetengah kelompok agama pula, mereka membaca dan menyebarkan riwayat-riwayat yang tertolak; seperti Israliyyat yang bercanggah dengan nas-nas Islam, hadis-hadis palsu atau kisah-kisah wali atau sufi yang menjadikan manusia keliru tentang keanggunan Islam. Mereka menyebarkannya dalam ceramah dan sesetengahnya menjadikannya modal untuk ‘bisnes’ mereka. Islam menjadi kabur dengan cerita-cerita itu dan menyebabkan agama agung ini kelihatan bagaikan ‘kartun’ dan ‘lucu’. Jika ada yang menegur para penceramah ini; jawapannya ‘awak wahhabi’. Walaupun yang menegur itu tidak pernah pun membaca buku Muhammad bin ‘Abdul Wahhab.

Lebih buruk lagi apabila isu wahhabi digunakan oleh pihak berkuasa agama. Jika ramai pegawai agama itu atau yang sealiran dengan mereka bertarekat, atau pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, maka mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan hadis sahih serta tidak bersetuju dengan kekeliruan itu akan disenaraikan sebagai wahhabi dan diharamkan mengajar di masjid dan surau. Nama sultan akan digunakan.

Dalam masa yang sama mereka membiarkan kemungkaran yang jelas di sana sini, lalu sibukkan diri dengan kelompok revivalist yang tidak mengancam masyarakat sama sekali. Jika ada pun, ancaman itu kepada pemikiran kejumudan dan kekolotan, bukan kepada masyarakat. Untuk menjustifikasikan kesibukan mereka dengan kelompok ini sehingga meninggalkan kemungkaran hakiki, mereka kata: “ini lebih bahaya kerana wahhabi”. Apa itu wahhabi? Jawab mereka wahhabi itu wahhabi! Sikap ini menjadi lebih panas apabila munculnya di Malaysia ‘aliran pengkafir umat’ yang bernama Ahbash yang bersekongkol dengan sesetengah pihak agama.

Di peringkat yang lebih tinggi, istilah wahhabi dikenakan kepada mereka yang tidak terikat dengan mazhab al-Syafi’i. Kononnya, mereka yang tidak ikut mazhab itu wahhabi. Saya telah sebut nas-nas ulama tentang hal ini dalam artikel-artikel yang lepas.

Persis seperti yang disebut oleh Dr al-Qaradawi:

“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).

Apa yang menariknya di Malaysia, sesetengah ‘mereka ini’ apabila menjadi ‘penasihat-penasihat’ bank, bagi memenuhi keperluan bank-bank yang beroperasi atas nama Islam itu, mereka bersetuju pula dengan pandangan-pandangan hukum yang diambil tanpa mengikut mazhab. Bahkan pandangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h begitu banyak diambil dalam masalah muamalat ini. Ini kerana, di seluruh dunia pandangan-pandangan beliau memang dikutip dalam memajukan masyarakat Islam. Padahal ‘sesetengah mereka ini’ di luar mesyuarat bank yang ber‘elaun’ itu, mereka menuduh Ibn Taimiyyah wahhabi, dan sesiapa yang bersetuju dengan Ibn Taimiyyah sebagai ‘wahhabi’. Bahkan di luar bank mereka bersekongkol dengan golongan yang mengkafirkan atau menyesatkan Ibn Taimiyyah.

Demikian ketika saya menjadi mufti dahulu, apabila saya memberikan padangan larangan mengintip (tajassus), boleh menjawab salam bukan muslim, wajib membinkan kepada bapa asal sekalipun bapanya bukan muslim, masjid untuk kaum cina, keluasan menerima pandangan dan lain-lain lagi, maka pandangan-pandangan ini dituduh oleh sesetengah pihak agama sebagai wahhabi. Padahal pandangan tersebut jika dibincangkan di Barat dianggap dalam aliran modernism atau rationalism dan penentangnya mungkin akan dimasukkan kepada kelompok wahhabism.

Di Malaysia, sebaliknya, yang terbuka itu wahhabi dan sesat, yang tertutup itulah yang ‘membolot segala kebenaran’. Cara fikir beginilah yang menguasai sektor-sektor agama kerajaan dan mencepatkan ‘pereputan’ kekuatan kerajaan yang ada. Cara fikir begini jugalah yang menguasai sesetengah aliran agama dalam pembangkang. Sebab itu barangkali, lima puluh tahun kemerdekaan, bukan muslim bukan sahaja tidak bertambah faham, sebaliknya bertambah keliru dan tegang mengenai Islam.

Tindakan mereka ini mengingatkan saya kepada artikel David Brubaker bertajuk Fundamentalisn vs Modernism: A Consideration of Causal Conditions bahawa penentangan terhadap pembaharuan lebih merujuk kepada masalah survival kelompok. Dalam usaha untuk hidup dan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan kerajaan maka golongan pembaharuan akan ditentang. Bagi saya, bukan isu wahhabi sebenarnya, tetapi bimbang terpinggirnya tempat dan kedudukan. Namun, apabila mereka merasa ada ruangan untuk mendapat ‘kedudukan’ seperti isu perbankan tadi, mereka dapat pula menerima pandangan yang berbeza tanpa menuduh bank yang memberi elaun bulanan dan elaun mensyuarat itu sebagai ‘bank mazhab wahhabi’.

David Brubaker menyebut untuk survival mereka terpaksa memilih antara dua ‘occomodation or resistance’. Maka, di Malaysia ramai yang dituduh wahhabi, namun ia adalah tuduhan misteri. Saya juga tidak menafikan ada yang dianggap wahhabi itu sendiri perlu bertolak ansur dalam sebahagian pendapat. Namun, untuk menuduh orang lain wahhabi hanya kerana perbezaan pendapat, itu adalah sikap jakun yang cuba hidup di zaman globalisasi.
_________________________________________

Source: http://drmaza.com/home/?p=805

♥ LA TAHZAN BLOG: http://www.latahzan00.blogspot.com/
___________________________________________________________________

Anda disarankan untuk membaca artikel ini;

Tajuk: "Hukum Memerangi Pemerintah Muslim"

Klik Link: http://drmaza.com/home/?p=1172
___________________________________________________________________

Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;

Klik Link: http://al-fikrah.net/
___________________________________________________________________

Saturday, June 12, 2010

Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT....

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

http://www.youtube.com/watch?v=LK9kdMSX5Q4


__________________________
_________________________________________

Source: "http://www.youtube.com/watch?v=LK9kdMSX5Q4"

♥ LA TAHZAN BLOG: http://www.latahzan00.blogspot.com/
___________________________________________________________________

Anda disarankan untuk membaca artikel ini;

Tajuk: "Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan Dan Kemanusiaan"

Klik Link: http://drmaza.com/home/?p=534
___________________________________________________________________

Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;

Klik Link: http://al-fikrah.net/
___________________________________________________________________

Thursday, May 27, 2010

Apa kata Ulama' Salafiah terhadap ♥ AHLUL BAYT ♥ =)

* BACA SLOW2 SAMPAI HABIS EHHH

Manhaj Salaf dalam Mensikapi Ahlul Bait



Manhaj salaf dalam mensikapi Ahlul Bait adalah manhaj yang adil dan benar karena mereka mempunyai wasath (pertengahan) yang tidak dimiliki oleh yang lain. Demikian juga karena mereka berpegang erat dengan dua wahyu yang mulia, Al-Qur’an dan As-Sunnah As-Shahihah dalam segala permasalahan agama. Kemudian di dalam memahami dua wahyu ini mereka kembali kepada pemahaman orang-orang yang telah diakui kebaikan dan keutamaannya dengan nash-nash Al-Qur’an dan As-Sunnah yaitu as-salaf as-shalih dari kalangan para shahabat, tabi’in dan para a’immatul huda radliallahu 'anhum ajmain.

Imam Abul Qasim Al-Ashbahani di dalam kitab beliau Al-Hujjah fi Bayanil Mahajjah 2/489-490 mengatakan: "Dan termasuk sunnah rasul adalah cinta kepada Ahlul Bait Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka adalah orang-orang yang disebutkan oleh Allah dalam firmannya:

"…Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu suatu apapun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam keluargaku." (As-Syura:23)

Syaikh Abdul Aziz Muhammad As-Salman menjelaskan: "Kewajiban kita kepada Ahlul Bait adalah mencintai mereka, berwala’ kepada mereka, menghormati dan memuliakan mereka karena Allah. Kita berbuat demikian karena mereka adalah sanak kerabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, karena keislaman mereka dan karena mereka telah mendahului kita dalam menolong dan membela agama Allah. Kalau kita mencintai, menghormati dan memuliakan mereka berarti kita mencintai, menghormati dan memuliakan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam…"

(As’ilah wa Ahwibah ‘alal ‘Aqidah Al-Wasithiyyah hal. 308-309)

Tarjamul Qur’an Hibrul Ummah Abdullah bin ‘Abbas radliallahu 'anhum menjelaskan: "Kita tidak boleh mengingkari orang-orang yang mewasiatkan dan memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada Ahlul Bait, menghormati dan memuliakan mereka, karena mereka adalah keturunan suci dari rumah tangga paling mulia yang dijumpai di muka bumi ini, baik dari segi nasab maupun darah keturunannya.

Lebih-lebih lagi kalau mereka adalah orang-orang yang berittiba’ kepada sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang shahihah, jelas dan gamblang sebagaimana yang telah dijalankan oleh pendahulu mereka, seperti ‘Abbas dan ‘Ali serta keturunan mereka radliallahu 'anhum ajma’in." (Riwayat Bukhari. Lihat Ibnu Katsir 4/143)

Syaikh Shalih Fauzan mengatakan:"…kita diperintahkan untuk mencintai mereka (Ahlul Bait), menghormati dan memuliakan mereka selama mereka berittiba’ kepada sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang shahihah dan istiqamah (komitmen) di dalam memegang dan menjalani syariat agama. Adapun kalau mereka menyelisihi sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak istiqamah di dalam memegang dan menjalani syariat agama, maka kita tidak diperbolehkan mencintai mereka sekalipun mereka Ahlul Bait Rasul…"

(Syarh ‘Aqidah Wasithiyyah hal. 148)

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin juga mengucapkan kata-kata yang senada dengan beliau dalam kitabnya Ta’liq ‘alal ‘Aqidah Al-Wasithiyyah hal. 66 dan dalam kitab Muhadlarat Saniyyah 2/675-676.

Di bawah ini beberapa nukilan dari ucapan para ulama yang menujukan bahwa Ahlus Sunnah wal Jamaah Salafiyah mencintai Ahlul Bait, menghormati dan memuliakan mereka, karena beberapa sebab:

1. Karena mereka adalah sanak kerabat Rasulullah.
2. Karena anjuran untuk mencintai dan menghormati mereka.

Tetapi kecintaan Ahlus Sunnah terhadap Ahlul Bait tidak mutlak kepada mereka semua karena masih harus diqaid (diikat) dengan syarat-syarat, antara lain:

1. Mereka adalah orang-orang yang berittiba’ kepada sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan membelanya serta benci kepada bid’ah-bid’ah dan para pelakunya.
2. Mereka adalah orang-orang shalih yang istiqamah dalam memegang dan menjalankan syariat agama ini.

Kalau syarat ini tidak ada pada mereka, maka Ahlus Sunnah tidak anak mencintai dan menghormati mereka.

Maka kita katakan kepada pra habib, ‘Alawiyyin, Hasyimiyyin, Thalibiyyin dan ‘Abbasiyyin yang mengaku ahlul bait Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: "Kalau kalian memang ahlul bait Nabi, maka ikutilah jalan yang ditempuh oleh pendahulu kalian seperti ‘Ali, ‘Abbas dan yang lainnya, yaitu berittiba’ kepada sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, membela, mengamalkan dan mendakwahkannya serta memerangi kebid’ahan yang melecehkan sunnah Rasul dan para pelaku bid’ah.

Kalau memang kalian Ahlul Bait Nabi yang ingin dicintai kaum muslimin, dihormati dan dimuliakan oleh mereka, maka janganlah kalian melakukan perbuatan bid’ah yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan perbuatan syirik yang dikecam oleh Allah dengan firman-Nya:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni dosa yang di bawah syirik bati siapa yang dikehendaki-Nya…"(An-Nisaa
’:48)

Janganlah kalian mengadakan haul-haul yang bid’ah itu, jangan kalian beristighatsah di kubur para wali sanga dan lain-lain serta jangan kalian mengerjakan perbuatan bid’ah dan syirik lainnya. Karena kalau kalian berbuat demikian, maka kami sebagai kaum muslimin tidak diperbolehkan mencintai kalian, menghormati dan memuliakan kalian bahkan kami diperintahkan untuk membenci perbuatan kalian dan memperingatkan umat ini untuk berhati-hati dari kalian dan perbuatan kalian.

Perhatikanlah apa yang diucapkan oleh Sufyan Ats-Tsauri ketika dia memberi wasiat kepada ‘Ali bin Al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Thalib, dia mengatakan:

"Wahai saudaraku, berusahalah kamu dengan usaha yang thayyib (halal) dengan tanganmu sendiri dan jangan sekali-kali kamu memakan dan memakan kotoran-kotoran manusia (menurut Syaikh Salim Al-Hilali, yang dimaksud kotoran disini adalah shadaqah), karena orang yang makan kotoran-kotoran manusia, dia akan berbicara dengan hawa nafsunya dan akan tunduk merendah di hadapan orang karena dia khawatir mereka akan menahan shadaqah mereka untuknya.

Wahai saudaraku kalau engkau memakan shadaqah manusia, kamu akan memutuskan lisanmu (yakni tidak bisa mengatakan yang haq itu haq dan yang bathil itu bathil) dan engkau akan memuliakan sebagian orang (yang memberimu shadaqah) serta menghinakan yang lainnya (yang tidak memberimu shadaqah), karena orang yang memberikan sebagian hartanya kepadamu (sebagai shadaqah) itu berarti dia memberikan wasakh (kotorannya) kepadamu. Maksud wasakh disini adalah bahwa harta yang dishadaqahkannya sebagai pembersih amalnya dari dosa."

Kalau engkau makan dari hasil pemberian orang maka engkau akan cenderung menerima ajakannya bila dia mengajak kepada kemungkaran.

Wahai saudaraku! Kelaparan dan sedikit ibadah lebih baik daripada engkau kenyang dari hasil pemberian orang dan engkau banyak beribadah dengan mengharap pemberian orang. Kakek kamu Ali bin Abi Thalib pernah mengatakan:"Orang yang hidup dari hasil minta-minta kepada orang bagaikan orang yang menanam pohon di tanah orang lain."

Wahai saudaraku! Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya tidak ada seorangpun yang hidup dari hasil pemberian orang melainkan dia akan menjadi orang yang hina di hadapan manusia.

Jangan sekali-kali engkau berusaha dengan usaha yang jelek (haram) kemudian kamu infaqkan untuk taat kepada Allah, karena meninggalkan usaha seperti itu adalah wajib dan Allah itu thayyib dan tidak mau menerima sesuatu kecuali thayyib…"

(Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah 7/71-72, lihat Min Washaya Salaf hal. 39-41)

Kemudian di dalam mensikapi Ahlul Bait ini ada dua kelompok yang terjerumus ke dalam sikap ghuluw. Kelompok yang satu ekstrim kanan dan yang lain ekstrim kiri. Dua kelompok tersebut adalah.

1. Nawashib

Yang termasuk dalam kelompok ini adalah Khawarij. Mereka dinamakan demikian karena mereka sangat benci kepada Ali dan orang-orang yang sefaham dengan dia, bahkan di antara mereka ada yang mengkafirkan Ali dan yang sepaham dengannya.

Kelompok ini terjerumus ke dalam sikap tafrith (kurang) terhadap Ahlul Bait. Kesesatan mereka jelas karena mereka melanggah perintah Allah dan Rasul-Nya ynag memerintahkan kaum muslimin untuk mencintai, menghormati dan memuliakan Ahlul Bait, dan juga karena mereka menyimpang dari jalan as-salaf as-shalih.
2. Rafidlah

Kelompok yang satu ini terjerumus dalam sikap ifrath (berlebih-lebihan). Di antara mereka ada yang menganggap bahwa Ali lebih baik dari pada Abu Bakar dan Umar. Di antara mereka ada yang mengatakan bahwa seharusnya wahyu yang dibawa Jibril diturunkan kepada Ali (yaitu perkataan mereka: "Yang seharusnya menjadi Nabi adalah ‘Ali), bahkan ada lagi yang mengatakan bahwa Ali adalah ilah. Ada pula yang mengatakan bahwa ilmu Ahlul Bait sama dengan ilmu Allah kecuali hanya berbeda satu huruf dan ucapan-ucapan kufur mereka yang lainnya.

Kelompok yang satu ini lebih jelas lagi kesesatannya. Bahkan sebagian ulama ada yang berbendapat bahwa kelompok Rafidlah ini adalah kelompok yang kafir, yang keluar dari 72 golongan yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam haditsnya.

Dalam sebuat riwayat dari Muhammad Al-Hanafiyah bahwa dia berkata kepada ayahnya yaitu Ali bih Abi Thalib.

"Aku bertanya keada ayahku: "Siapakah orang yang terbaik setelah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?" Dia menjawab: "Abu Bakar". Aku bertanya lagi: "Kemudian siapa?" Dia menjawab: "Umar" Aku khawatir dia akan menyebut Utsman (yang ketiga). Maka aku katakan kemudian engkau?" Dia berkata: "Aku hanyalah salah satu dari kaum muslimin." (Bukhari 7/369 no. 3671)

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa ketika Abdullah bin Saba’ mengeluarkan kata-kata bahwa Ali adalah Nabi dan Ali adalah Tuhan, maka Ali memerintahkan untuk menggali sebuah lobang dan diisi kayu bakar kemudian dinyalakan dengan api, lalu dia memerintahkan untuk menangkap Abdullah bin Saba’ dan pengikutnya kemudian dibakar di lobang yang menyala dengan api itu.

Dua riwayat ini menunjukan bahwa Ali serta Ahlul Bait yang lainnya bersikap bara’ (berlebas diri) dari Abdullah bin Saba’ (pendiri Rafidlah) dan pengikutnya dan hal ini sekaligus membongkar kepalsuan Rafidlah dalam pengakuan cinta mereka kepada Ahlul Bait. (lihat kepalsuan mereka ini dalam kitab "Syi’ah wa Ahlul Bait" oleh Hasan ilahi Dhahir)

___________________________________________________________________

Source: "http://members.fortunecity.com/salafy/tafsir/kecintaan_salaf_terhadap_ahlul_bait.htm."

♥ LA TAHZAN BLOG: http://www.latahzan00.blogspot.com/
___________________________________________________________________

Anda disarankan untuk membaca artikel ini;

Tajuk: "Membaca Al-Qur'an tanpa wudhu' atau semasa haid"

Klik Link: http://hafizfirdaus.com/content/view/109/56/
___________________________________________________________________

Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;

Klik Link: http://al-fikrah.net/
___________________________________________________________________

Saturday, April 24, 2010

Berbeza Bukan Bererti Menghina

Berbeza Bukan Bererti Menghina

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Sikap fanatik kepada sesuatu pegangan atau jumud pemikiran boleh menatijahkan beberapa akhlak yang buruk. Antaranya, ia menyebabkan seseorang itu selalu berfikiran negatif terhadap orang yang berbeza pendapat dengannya. Ini seperti menuduh orang yang berbeza pendapat dengannya itu sebagai jahat, musuh dan seumpamanya.

Bahkan lebih buruk daripada itu mereka yang berpenyakit fanatik ini sering cenderung membuat fitnah dan tuduhan palsu kepada orang lain apabila mereka kehilangan hujah dan alasan bagi mempertahankan apa yang mereka pegang. Mereka akan mengada-adakan tuduhan palsu agar orang ramai terpengaruh dan tidak mendengar hujah pihak yang berbeza dengan mereka.

Di Malaysia umpamanya, apabila ada pihak yang menyatakan ‘tiada dalil yang sahih yang menyatakan dikhususkan malam Jumaat untuk membaca Surah Yasin’, maka golongan yang tidak dapat menerima perbezaan ini membuat cerita bohong kepada orang ramai kononnya ‘puak tersebut menyatakan haram membaca Yasin’.

Tentu mereka yang terpengaruh dengan tuduhan ini akan marah dengan kenyataan yang seperti itu. Mana mungkin haram untuk membaca Surah Yasin sedangkan itu salah satu surah dalam al-Quran?! Lihat bagaimana mereka mengubah kenyataan dan fakta sehingga orang menjadi keliru dan bersalah sangka terhadap maksud asal kenyataan.

Demikian juga apabila ada yang membuat kenyataan menyatakan ‘tiada sebarang solat khusus untuk malam Jumaat’. Mereka yang pantang berbeza pendapat itu memberitahu orang ramai ‘puak itu kata haram solat sunat malam Jumaat’. Padahal maksud tiada solat khusus itu ialah tiada solat khas sempena malam Jumaat sahaja, adapun solat-solat sunat yang biasa tiada halangan.

Ini disebut oleh baginda Nabi s.a.w: :

“Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang berbeza dengan malam-malam yang lain. Jangan kamu mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza dengan hari-hari yang lain, kecuali ia dalam (bilangan hari) puasa yang seseorang kamu berpuasa” (Riwayat Muslim).

Sikap ini akan terserlah buruknya apabila mereka pantang mendengar pandangan atau kritikan terhadap aliran mazhab yang mereka pegang sekalipun dalam keadaan yang ilmiah. Ada orang yang marah apabila saya memberitahu pandangan ulamak dahulu bahawa tempoh mengandung mungkin sehingga dua tahun, atau empat tahun, atau enam tahun atau lebih daripada itu tiada asas yang kukuh.

Katanya, ‘dia siapa hendak berbeza dengan ulama-ulama dahulu yang lebih alim dan warak?! Dia lebih alim daripada merekakah?!”. Padahal soal tempoh paling lama mengandung yang disebutkan itu memang tiada nas yang sahih daripada al-Quran ataupun Sunnah. Sementara yang ada hanyalah andaian beberapa ulama dahulu berasaskan khabar yang mereka dengar dari beberapa wanita.

Wanita–wanita itu mungkin tidak berbohong, tetapi sangkaan mereka bahawa mereka mengandung itu tidak benar. Apatah lagi ketika itu ujian kehamilan (pregnancy test) seperti sekarang belum wujud. Ahli perubatan moden menyatakan tempoh mengandung secara puratanya 266 hari atau sehingga 280 hari. Untuk sampai sehingga dua atau tiga atau empat tahun tidak menepati perkiraan saintifik.

Alat ‘Pregnancy Test’

Justeru itu, seorang tokoh saintis muslim Dr Muhammad ‘Ali al-Bar menyifat kenyataan ahli fekah silam tentang tempoh mengandung sehingga tiga atau empat tahun sebagai riwayat yang khurafat (tiada asas) (lihat: ‘Umar Ghanim, Ahkam al-Janin fi al-Fiqh al-Islami, m.s 74, Beirut: Dar Ibn Hazm).

Apatah agi dakwaan itu boleh mempunyai kesan yang jelas dalam kehidupan. Umpamanya, dengan berpegang kepada pendapat yang menyatakan tempoh mengandung sehingga empat tahun membolehkan seorang wanita yang kematian suami dan melahirkan anak empat tahun kemudian mendakwa dia mengandung empat tahun anak arwah suaminya.

Seterusnya menuntut harta pusaka. Maka pengkajian sains moden patut didahulukan. Menolak pendapat ulama yang lepas bukanlah bererti menghina mereka, sebaliknya berpegang kepada kajian dan ilmu. Namun golongan fanatik menganggap ini keluar mazhab dan tidak beradab.

Dalam sejarah perkembangan ilmu umat Islam berbeza pendapat dan kritikan ilmiah tidak pernah dianggap sebagai dosa dan jenayah melainkan mereka yang fanatik. Contoh al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) yang merupakan jaguh ilmu hadis yang agung dalam Islam ketika mengulas tentang al-Imam al-Ghazali r.h, beliau menyebut: “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan”.

Kemudian al-Zahabi mengulas berbagai perkara mengenai al-Imam al-Ghazali, antara katanya:

“Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadis-hadis yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ia apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan. Sabda Nabi s.a.w: sesiapa yang berpaling dari sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku”. (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala 19/339).

Ini bukan permusuhan tetapi tugas kesarjanaan yang dilakukan oleh al-Imam al-Zahabi.

Tokoh ilmuwan besar al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (meninggal 463H) ketika mengulas pendapat tabi’i terkenal Mujahid bin Jabr mengenai maksud ayat 22-23 dalam Surah al-Qiyamah, beliau menyanggahi pendapat Mujahid bin Jabr. Padahal Mujahid merupakan anak murid sahabah ilmuwan besar dalam bidang tafsir iaitu Ibn ‘Abbas.

Kata Ibn ‘Abd al-Barr :

“Tetapi pendapat Mujahid ini ditolak dengan sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w, perkataan-perkataan sahabah dan mijoriti salaf. Pendapat Mujahid ini di sisi Ahl al-Sunnah adalah pendapat yang ditinggalkan. Apa yang menjadi pegangan Ahl al-Sunnah ialah yang sabit daripada Nabi mereka mengenai perkara tersebut (maksud ayat berkenaan). Tiada di kalangan ulama melainkan boleh diambil atau ditolak pendapatnya, kecuali RasululLah s.a.w” (Ibn ‘Abd al-Barr, Al-Tamhid, 7/157, Morocco: Wizarah ‘Umum al-Auqaf).

Ini bukan bererti menghina Mujahid ataupun gurunya Ibn ‘Abbas.

Bahkan kita dapati dalam sejarah ilmuwan, pandangan sahabat Nabi s.a.w ada yang dikritik. Bukan tanda benci atau tidak hormat, tetapi tanggungjawab keilmuwan. Umpamanya al-Hafizd Muhammad bin Tahir al-Qaisarani (meninggal 507H) ketika menceritakan ketokohan sahabat Nabi yang mulia lagi dicintai, ‘Abd Allah bin Mas‘ud, beliau mengulas :

Sesungguhnya beliau (‘Abd Allah bin Mas‘ud) adalah antara tokoh sahabah, jaguh ilmuan dan pemimpin kepada hidayah. Namun begitu beliau memiliki qiraat dan fatwa yang tersendiri yang disebut dalam kitab-kitab ilmu. Setiap imam itu boleh diambil dan ditinggalkan perkataannya, kecuali imam golongan ahli taqwa, yang benar lagi diakui kebenarannya, yang amanah lagi maksum (RasululLah) selawat dan salam ke atasnya. Alangkah hairannya, apabila seseorang alim menjadikan agamanya mengikut diri seseorang imam dalam setiap apa yang diucapkan, sedangkan dia tahu wujudnya nas-nas nabawiyyah (sunnah) yang menolak mazhab imamnya.Tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH jua”. (Muhammad bin Tahir al-Qaisarani, Tazkirah al-Huffadz, 1/16, Riyadh: Dar al-Sumai’i).

Dalam dunia ilmu, berbeza pandangan tidak pernah dianggap jenayah. Namun golongan yang fanatik selalu mencari jalan permusuhan dengan mengandaikan sesiapa yang berbeza dengan tokoh tertentu maka dia menghina dan tidak beradab. Selagi pandangan itu diberikan dalam lingkaran ilmu dan perbincangan ilmiah tanpa maki dan cerca, maka itu adalah dunia ilmu yang patut diberikan haknya.

Jangan kerana kita begitu rakus agar semua cakap kita didengari apabila ada orang berbeza dengan kita, dia dianggap musuh. Marilah kita belajar menilai pandangan dan menghormati perbezaan. Berbeza bukan bererti menghina. Kata al-Imam al-Zahabi juga:

“Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali RasululLah s.a.w. Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar untuk kita melupai kebaikan-kebaikannya dan menutup amalan-amalan makrufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 18/157).



__________________________


Source: http://drmaza.com/home/?p=891

♥ LA TAHZAN BLOG: http://latahzan00.blogspot.com/
___________________________________________________________

Anda disarankan untuk membaca artikel ini;

Tajuk: "Jampi Perangai"

Klik Link: http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=23
___________________________________________________________

Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;

Klik Link: http://al-fikrah.net/
___________________________________________________________

Tuesday, November 10, 2009

POLIGAMI?!!!


POLIGAMI

Soalan:

Mengapa lelaki dibenarkan beristeri lebih daripada satu dalam Islam?
Iaitu mengapa poligami dibenarkan dalam Islam?

Jawapan:

1. Definisi Poligami

Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami. Pertama, poligini, iaitu seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri, dan satu lagi ialah poliandri, iaitu seorang wanita mempunyai lebih daripada satu orang suami. Dalam Islam, poligini terhad adalah dibenarkan; manakala poliandri ditegah sama sekali.

Berbalik kepada soalan asal, mengapa seorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri.?

2. Quran adalah satu-satunya kitab suci agama di dunia yang menyebut, “Kahwinilah seorang sahaja”. Al-Quran satu-satunya kitab di muka bumi ini yang mengandungi ungkapan “kahwinilah seorang sahaja”. Tiada kitab lain yang menyuruh lelaki untuk beristeri satu sahaja. Tiada dalam kitab agama lain, sama ada Vedas, Ramayanan, Mahabharat, Geetha, Talmud atau Bible boleh ditemui pembatasan had jumlah isteri yang dibenarkan. Menurut kitab tersebut, seseorang dibenarkan berkahwin seramai mana yang diingini. Hanya kemudiannya, pendeta Hindu dan Gereja Kristian membatasi jumlah isteri kepada satu.

Menurut kitab tersebut, ramai personaliti agama Hindu mempunyai ramai isteri. Raja Dashrat, bapa Rama mempunyai lebih daripada seorang isteri. Krishna mempunyai beberapa orang isteri.
Dahulu, lelaki Kristian dibenarkan beristeri seramai mana yang mereka ingini, oleh kerana Bible tidak mengehadkan bilangan isteri. Hanya beberapa abad lalu, pihak Gereja membatasi bilangan isteri kepada satu.

Poligini dibenarkan dalam agama Yahudi. Menurut undang-undang Talmut, Ibrahim mempunyai 3 isteri manakala Sulaiman, mempunyai ratusan isteri. Amalan poligini berterusan sehingga Rabai Gersom ben Yehudah (960-1030) mengeluarkan perintah melarangnya. Komuniti Yahudi Sephardic yang tinggal di Negara Islam, berterusan mengamalkan poligini sehingga selewat-lewatnya tahun 1950, sehingga satu akta yang dikeluarkan oleh Mahkamah Ketua Rabai Israel mengharamkan penganutnya beristeri lebih daripada seorang.

3. Poligini banyak diamalkan oleh penganut agama Hindu dibandingkan dengan penganut Islam.
Laporan Jawatankuasa Status Wanita dalam Islam; diterbitkan pada 1975 menyebut pada halaman 66 dan 67 bahawa peratus perkahwinan berpoligami di antara tahun 1951 dan 1961 adalah 5.06% di kalangan penganut Hindu dan hanya 4.31% di kalangan penganut Islam.

Menurut perundangan India, hanya lelaki Islam dibenarkan beristeri lebih daripada seorang. Walaupun diharamkan, penganut Hindu mempunyai lebih ramai isteri berbanding penganut Islam. Dahulu, tiada had jumlah isteri, walaupun kepada lelaki Hindu. Hanya pada tahun 1954, apabila Akta perkahwinan Hindu diluluskan, penganut agama Hindu diharamkan beristeri lebih daripada seorang. Sekarang, undang-undang India dan bukannya kitab agama Hindu yang menghalang lelaki Hindu beristeri lebih daripada satu.

Mari kita menganalisis mengapa Islam membenarkan lelaki beristeri lebih daripada seorang.

4. Al-Quran membenarkan poligini terhad.

Seperti yang telah disebutkan, Al-Quran satu-satunya kitab suci di muka bumi ini yang menyebut ‘kahwinilah seorang sahaja’. Konteks ungkapan ini adalah melalui ayat daripada kitab Suci Al-Quran iaitu Surah An-Nisa’ yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu:

“Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut dia tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja.”

[An-Nisa’ 4:3]

Sebelum Quran diturunkan, tiada had untuk poligini dan ramai lelaki memiliki ramai isteri, ada yang sehingga beratus-ratus. Islam meletakkan had sehingga empat isteri. Islam membenarkan lelaki berkahwin dua, tiga atau empat, dengan syarat berlaku adil kepada semua isteri.

Dalam juzuk yang sama iaitu Surah An-Nisa’ ayat 129 firmannya:
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu.....”
[An-Nisa’ 4:129]

Oleh itu poligini bukanlah peraturan tetapi kekecualian. Ramai yang tersalah anggap bahawa menjadi kemestian bagi seorang lelaki Islam mempunyai lebih daripada seorang isteri.
Secara am, ada lima perkara yang dibolehkan dan yang tidak boleh dalam Islam”

a) Fardhu, iaitu Wajib atau perlu
b) Mustahab, iaitu disyorkan atau digalakkan
c) Mubah, iaitu dibolehkan atau dibenarkan
d) Makruh, Iaitu tidak disyorkan atau digalakkan
e) Haram, iaitu dilarang atau tidak dibenarkan

Poligini termasuk dalam kategori ketiga perkara-perkara yang dibenarkan. Tidak boleh diandaikan bahawa seorang lelaki Islam yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri adalah lebih beriman dibandingkan dengan seorang Islam yang beristeri satu.

5. Purata jangka hayat wanita melebihi lelaki.
Lelaki dan wanita dilahirkan dengan anggaran nisbah yang sama. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai imuniti yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Atas sebab ini, semasa umur pediatrik lagi, terdapat lebih kematian di kalangan lelaki berbanding perempuan.
Semasa peperangan, lebih ramai lelaki terkorban berbanding wanita. Lebih ramai lelaki mati akibat kemalangan dan penyakit berbanding wanita. Purata jangka hayat wanita lebih tinggi daripada lelaki dan pada bila-bila masa jua, bilangan balu melebihi bilangan duda.

6. India mempunyai populasi lelaki yang lebih tinggi akibat pembunuhan janin dan bayi perempuan. India merupakan salah satu daripada beberapa Negara, bersama dengan Negara-negara jiran lain, di mana populasi wanita lebih rendah daripada lelaki. Ini disebabkan kadar pembunuhan bayi perempuan yang tinggi di India, dan hakikat bahawa lebih daripada satu juta janin perempuan digugurkan setiap tahun di Negara tersebut, selepas jantinanya dikenal pasti sebagai perempuan. Sekiranya amalan buruk ini dihentikan, India juga akan mempunyai lebih ramai wanita berbanding lelaki.

7. Populasi wanita di dunia melebihi populasi lelaki.
Di Amerika Syarikat, wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. New York sahaja mempunyai jumlah wanita yang melebihi lelaki sebanyak satu juta, dan daripada populasi lelaki yang berada di New York, satu pertiga merupakan homoseksual. Amerika Syarikat secara keseluruhannya mempunyai lebih daripada dua puluh lima juta homoseksual dan lesbian. Ini bermakna golongan ini tidak berminat untuk mengahwini wanita. Wanita di Great Britain melebihi lelaki sebanyak empat juta. Wanita Jerman melebihi lelaki sebanyak lima juta. Wanita Rusia pula, melebihi lelaki sebanyak Sembilan 9. Hanya Tuhan sahaja yang tahu jumlah wanita di seluruh dunia yang melebihi jumlah lelaki.

8. Menyekat setiap dan semua lelaki untuk beristeri satu sahaja adalah tidak praktikal.
Sekiranya setiap lelaki hanya beristeri satu, masih terdapat lebih daripada tiga puluh juta wanita di Amerika Syarikat yang tidak dapat bersuami (memandangkan Amerika mempunyai dua puluh juta homoseksual dan lesbian). Di Britain akan terdapat lebih daripada empat juta wanita, lima juta wanita di Jerman dan di Rusia sahaja Sembilan juta wanitanya akan gagal mendapat suami.

Andaikan saudara perempuan saya merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat atau andaikan saudara perempuan anda merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat. Hanya terdapat dua pilihan yang tinggal baginya: iaitu sama ada berkahwin dengan suami orang ataupun ia menjadi “milik awam”. Sesiapa yang bermaruah pasti memilih yang pertama.

Dalam masyarakat barat, adalah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki untuk mempunyai perempuan simpanan dan atau mempunyai hubungan luar nikah yang banyak, di mana, wanita tersebut menjalani kehidupan yang mengaibkan dan tidak dilindungi. Masyarakat yang sama juga, bagaimanapun, tidak dapat menerima lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, di mana wanita itu dapat mempertahankan kehormatan dan maruah diri dalam masyarakat dan menjalani kehidupan yang dilindungi.

Oleh itu, hanya dua pilihan untuk seorang wanita yang gagal mencari suami, iaitu berkahwin dengan suami orang atau menjadi milik awam. Islam mementingkan kedudukan yang terhormat untuk wanita dengan membenarkan pilihan pertama dan tidak membenarkan pilihan kedua.
Terdapat beberapa sebab lain mengapa Islam membenarkan poligami terhad, tetapi tujuan utama adalam untuk memelihara maruah wanita.

POLIANDRI

Soalan:

Jika seseorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri, mengapa Islam melarang wanita bersuami lebih daripada satu?

Jawapan:

Ramai orang, termasuk orang Islam mempersoalkan kewajaran membenarkan lelaki Islam mempunyai pasangan melebihi satu sedangkan ‘hak’ yang sama dinafikan kepada kaum wanita.
Benarkan saya terlebih dahulu menegaskan bahawa asas masyarakat Islam adalah keadilan dan kesaksamaan. Allah mencipta lelaki dan wanita sebagai sama, tetapi dengan keupayaan dan tanggungjawab berlainan. Lelaki dan Wanita berbeza, secara fisiologi dan psikologi. Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Di dalam Islam, Lelaki dan wanita adalah sama tetapi tidak serupa.

Berikut disenaraikan satu per satu sebab Islam melarang poliandri:

1. Jika seseorang lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri, ibu bapa anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut mudah dikenal pasti. Bapa serta ibunya dapat di kenal pasti dengan mudah. Sekiranya seorang wanita mempunyai lebih daripada seorang suami, hanya ibu kepada anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut dapat dikenal pasti tetapi tidak bapanya. Pengenalan kedua ibu bapa amat dititikberatkan di dalam Islam. Ahli psikologi mendedahkan bahawa anak-anak yang tidak mengetahui siapa ibu bapa mereka, terutama bapa, mengalami gangguan dan trauma mental yang teruk. Kebiasaannya, zaman kanak-kanak mereka tidak bahagia. Atas alasan ini juga, anak-anak pelacur melalui zaman kanak-kanak yang tidak sihat. Sekiranya anak di luar nikah didaftarkan ke sekolah dan ibunya ditanya siapa bapa kanak-kanak tersebut, wanita itu perlu memberikan dua atau tiga nama! Saya menyedari bahawa kemajuan sains terkini membolehkan kedua ibu dan bapa dikenal pasti menerusi bantuan ujian genetic. Oleh itu, pandangan ini yang mungkin bersesuaian pada masa dahulu kini tidak lagi bersesuaian.

2. Berdasarkan tabii, lelaki lebih cenderung berpoligami berbanding wanita

3. Secara biologi, lebih mudah bagi kaum lelaki menjalankan kewajipannya sebagai suami meskipun mempunyai beberapa orang isteri. Dalam situasi yang sama, seorang wanita yang mempunyai beberapa orang suami, tidak akan dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri. Wanita melalui pelbagai perubahan psikologi dan perilaku akibat perubahan fasa kitaran haid.

4. Seorang wanita yang bersuami lebih daripada satu akan mempunyai beberapa pasangan seksual pada masa yang sama dan mempunyai peluang tinggi untuk mendapat penyakit kelamin atau penyakit jangkitan seksual yang boleh menjangkiti suami mereka walaupun kesemua mereka tidak melakukan seksi di luar nikah. Hal ini tidak akan berlaku kepada lelaki yang mempunyai isteri melebihi satu dan tiada di antara mereka yang mengamalkan seks di luar nikah.

Alasan-alasan di atas adalah alas an yang mudah dikenal pasti. Mungkin terdapat pelbagai lagi sebab mengapa Allah yang Maha Bijaksana, melarang poliandri.